Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Sunday, July 3, 2011

Restoran Arab Wadi Hadramawt

Selepas turun dari Bukit Ampang kami pergi ke sebuah restoran Arab iaitu Restoran Wadi Hadramawt yang terletak di Jalan Ampang. Dari luar restoran ni nampak sangat mewah tetapi harga makanan di sini berpatutan dengan makanan yg dihidangkan.

Antara makanan yg agak popular dan recommended di sini ialah Lamb Madghout dan Lamb Mandy. Lamb Madghout(lamb+nasi arab) 1/2 kg beharga RM26.00 boleh makan 2-3 orang sementara Nasi Mandy RM24.00. Selain itu ada gak Lamb Haneeth (RM24.00), kebab, Min tea (RM8.00 satu pot),  mixed grill dan sebagainya.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan restoran ni antara restoran Arab yg terbaik la kat KL ni. Lagi satu ni lah kali pertama makan daging kambing yg sangat lembut...katanya sesetengah makanan di sini dimasak mengikut cara asli arab iaitu menggunakan oven bawah tanah.


Lamb Madghout

Lamb Mandy

Lamb Haneeth


1 comment:

  1. Menarik nnt saya singgah. Saya penah pegi kat Haidramawt bukit bintang mandi lamb rice RM33 mahal skit dari sini. Anyway hello...blog saya pun topik makan jugak nanti visit ok? kat www.blogmakanbest.blogspot.com dan kalu bolih register follower maklum la blog baru sunyi skit hehe TQ bebanyak

    ReplyDelete