Baru-baru ni hotel Syuen membuat promosi buffet lunch serendah RM12.99. Hotel Syuen ni adalah salah satu hotel 4 bintang terkenal di Ipoh. Buffet bermula dari jam 12.00 sampai 2 petang pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.
Promosi kali ni bertemakan Little Ipoh in Syuen. Antara makanan yg ada kat sini ialah nasi lemak, nasi dengan lauk pauk, mi bandung, cheong fun, laksa goreng, kuih muih, desert dan sebagainya. Lunch buffet dengan harga RM12.99 di hotel mewah boleh dikatakan sangatlah murah berbanding dengan makanannya yg banyak dan boleh ambil tanpa had.
Promosi ni tak tau la sampai bila, kemungkinan sehingga hujung bulan Jula ini...yg pasti kalau ada peluang kena la try...boleh makan sepuas-puasnya di hotel 4 bintang.
nice decoration here |
No comments:
Post a Comment