~Jom Makan Makanan Timur Tengah @ Restoran Parsia by Marea~
Bosan dengan makanan Melayu? Jom kita try makan makanan timur tengah plak. Since kat UTM ni ramai student dari Timur Tengah, so dekat area Taman Universiti ni memang banyak restoran timur tengah yang dibukak. One of them adalah Restoran Parsia. Towkey kedai ni memang Pak Arab and pekerja dia semua pun orang Arab except sorang je pekerja dari Malaysia.
Lokasi Restoran Parsia, dekat dengan Al-Ikhsan & Papa Chop Mama Grill~
Banyak jugak pilihan makanan yang ada, semua pun sedap~
Since ini adalah kali pertama saya nak try makan makanan Arab, so pelayan kat kedai tu suggest untuk makan Chicken Mandi. Mak ai, kuss semangat nasi dia memang sangat banyak. Boleh kongsi dua orang. Mengah jugak nak habiskan meal ni. Dia punya nasi memang sangat lembut and I guess dia punya ayam adalah 1/4..Memang berbaloi dengan harga dia.
My friend pulak agak selalu jugak makan kat sini,so kali ni dia try makan Lamb Mandi. Selalu orang masak daging kambing agak keras kan, tapi daging kambing dia memang lembut. Dah memang kambing jadi makanan kesukaan orang arab kan..And one thing, makanan arab selalunya masam sikit. Dia punya kuah tu agak masam-masam sket rasanya, I guess dorang guna Tomato untuk buat sambal tu.
Lamb Mandi = RM 18.00
Chicken Mandi = RM 15.00
So, bagi mereka yang jenis makan sikit, disarankan untuk share 1 meal dua orang. Nasi dia memang membukit banyaknya. And walaupun makanan arab ni agak sedap, tapi cepat muak. Kalau makan sekali sakala ok jer, tapi kalo makan hari-hari memang tak berapa nak lalu. By da way, Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment