Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Monday, June 4, 2012

Trip ke Cameron Highland (part 1)

Trip seterusnya ke Cameron Highland. Kali ni dengan menaiki van persiaran dari Parlo tour Agency di Ipoh. Bayarannya ialah RM400 untuk satu hari day trip ke Cameron Highland sekali dengan driver dan boleh memuatkan hingga 10 orang. Ada agensi lain yg boleh muat sampai 14 orang tapi tengok van Parlo Agency ni agak cantik amik je la, lagipun kami semua 9 orang je.

Destinasi pertama ialah Ladang teh Cameron Bharat yg terletak di hujung ke arah tapah. Singgah sini minum teh sekejap, tapi makanan kat sini agak mahal.


minum dulu


Seterusnya ke Pekan Tanah Rata yg terletak tak jauh dari sini. Pekan Tanah Rata ni ialah pusat pentadbiran bagi daerah Cameron Highland dimana di sini letaknya kebanyakan bangunan-bangunan kerajaan, station bas dan bangunan2 lama dengan seni bina Eropah. Selain hotel, apartment, kat sini ada beberapa cafe termasuk Starbuck dan Marrybrown.

Pekan Tanah Rata

Di Tanah Rata, kami dibawa ke sebuah resort yg terletak di atas bukit untuk bergambar...kat sini betul-betul terasa suasana Eropah dengan bangunan2, hotel dan apartment bersenibina Eropah.






Seterusnya singgah sebentar di Pekan Brinchang untuk solat dan membeli barang2 keperluan selain lepak-lepak sekejap di sini. Rasanya Pekan Brinchang adalah pekan terbesar di Cameron Highland. Pekan Brinchang yg semakin berubah ni terletak hanya beberapa km je dari Pekan Tanah Rata.

makan strawberry dan kuih muih 

di Pekan Brinchang

2 comments:

  1. Pastikan sampai di sini minum teh...

    ReplyDelete
  2. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete