Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Saturday, August 27, 2011

Buka puasa di restoran Koh Samui, Ipoh

Baru-baru ni kitorang berbuka puasa di restoran Koh Samui yg terletak di Jalan Raja Ekram, Ipoh. Restoran Koh Samui ni ialah sebuah restoran mewah yg menyediakan makanan asli Thai...harga makanan kat sini agak mahal kerana konsepnya ala-ala hotel gak...huhu...sekali sekala,





Thursday, August 25, 2011

Buka puasa di Hill city hotel, Ipoh

Baru-baru ni kami rakan-rakan sekerja berbuka puasa di hotel Hill city Ipoh. Setiap tahun hotel ni memang terkenal dengan buffet Ramadhan mereka yg menarik berpatutan.

Harga buffet bagi dewasa ialah RM32.00 seorang sementara kanak-kanak RM23.00. Harga ni boleh dikatakan standard di kebanyakan hotel dan restoran di Ipoh. Kelebihannya di sini ialah makanan sentiasa banyak, sedap, menarik dan pelagai jenis. Kitorang pun kena reserve beberapa hari sebelum ni baru dapat makan kat sini. Kalau tak sentiasa penuh je tempat ni.







Untuk maklumat harga dan lokasi:
Price:
RM 32.00 (Adult)
RM 23.00 (Children 5-12 Years)

HILL CITY HOTEL AND CONDO
Address :
No. 227, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Jalan Gopeng)
Telephone :
05-3135555 or 05-3133155

Friday, August 19, 2011

~Melepak Di Ani Sup Utara~

~Jom Makan @ Ani Sup Utara by Marea~

Beberapa bulan yang lepas, me asyik ulang alik ke Putrajaya sebab ada kerja. Selalunya makan kat rumah saja, tapi hari tu sebab lapar sangat, singgah makan dulu kat Putrajaya. Kebetulan time tu baru lepas shopping kat Mydin Presint Diplomatik, so cari makan kat kedai terdekat jer. Pusing pusing kat area Mydin, sekali ternampak Ani Sup Utara. So, me and my friend pun melepak saja dekat situ.

Ani Sup Utara ni memang banyak outlet. Outlet dekat Putrajaya ni kira yang latest. Rasa makanan kat sini not bad, boleh tahan cuma harganya agak mahal. 


Ani Sup Utara Cawangan Putrajaya @ PresintDiplomatik~

Sup dekat Ani Sup Utara ni memang sedap, no doubt. Sebab dah selalu sangat makan sup, so hari tu kami nak cuba kelainan pulak. So, kita makan Nasi Ayam dan ABC. Rasa nasi ayam kat sini boleh tahanlah sedap, cuma agak mahal sikit berbanding tempat lain~


Nasi Ayam = RM 6.50


ABC = RM 3.00

So, kalau korang tetibe feeling nak makan sup, bolehlah cuba makan sup dekat sini ya~

Tuesday, August 16, 2011

Berbuka puasa di Restoran Black Canyon @ Jusco Ipoh

Baru-baru ni berbuka puasa di Restoran Black Canyon kat Jusco Ipoh dengan abang, kakak ipar dan anak-anak buah. Saja sekali sekala teringin pulak nak buka puasa dengan makanan yg lain sikit. Di restoran ni memang banyak menu yg agak lain sikit..

Sebelum ni pernah makan di sini....not bad dan lain dari yg lain

sasame fish rice + mini tomyum
stick chicken


curi curi

Harga makanan kat sini boleh tahan, cuma minuman agak mahal....huhu...yg pasti sedap~

Monday, August 15, 2011

Overnight at Cameron Highland

Baru-baru ni tak sengaja terpergi ke Cameron Highland. Kali ni betul-betul tak dirancang malah tak terpikir lansung pun nak pergi. Niat hati nak lepak je kat mana-mana kat Ipoh ni malam-malam buta. Sampai kat Simpang Pulai tiba-tiba ternampak signboard jalan ke Cameron….Dengan tak fikir apa, terus je masuk ke jalan Cameron Highland tu…huhu.

Dari Ipoh keluar kira-kira pukul 10…bawa slow2 sampai ke Pekan Tanah Rata, Cameron dalam pukul 11.30. .Masa sampai, kebanyakan kedai dah tutup walaupun malam minggu…Nasib baik la  kedai  makan banyak lagi yang buka.




Memang best lepak minum teh kat Cameron ni dengan cuacanya yang sentiasa sejuk dan dingin… kat Cameron ni pegi je mana-mana kedai mesti ada je makanan stimbot dan tomyam..…tempat sejuk macam Cameron ni  sangat sesuai makan makanan2 mcm ni…



Kira-kira pukul 2 kami balik ke ipoh….suka-suka hati je pegi tempat-tempat macam ni ikut suka…haha.

Thursday, August 11, 2011

Buffet syoknya Ramadhan @ Syuen Hotel


Sempena bulan Ramadhan ni, Hotel Syuen mengadakan promosi buffet Syoknya Ramadhan dari RM28.90 seorang. Promosi ni boleh dikatakan yang paling murah antara semua hotel yg ada di Ipoh ni.

Baru-baru ni kitorang pegi la mencuba buffet ni. Makananya banyak tetapi secara keseluruhannya boleh dikatakan biasa je. Tahun lepas pernah beruka puasa di Hillcity. Makanan di Hillcity lebih sedap dan menarik.




Kalau nak buffet hotel yang agak murah di hotel berbintang boleh la datang ke Hotel Syuen ni. Cuma jangan expect too much la. You get what you pay for…tapi still bebaloi.


Untuk Maklumat lanjut lokasi dan tempat:
Syuen Hotel Ipoh
ADDRESS: 88, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30300 Ipoh, Perak.
Telephone: 605 253 8889.

Wednesday, August 3, 2011

Bersantai di Marina Island


Beberapa hari lepas pergi kami pergi ke Manjung untuk makan di Restoran Shabu Shabu. Selepas itu kami ke Marina Island iaitu pulau buatan yg semakin popular di Lumut ni. Marina Island ni terletak dekat dengan Teluk Murok dan pangkalan TLDM.

Sampai je sini lepak di kompleks jeti Marina Island…nampaknya makin ramai orang lepak di pulau ni di malam hari tak kira yg melepak bersama pasangan kekasih, rakan-rakan mahupun keluarga. Selain melepak, ada gak pebagai aktiviti riadah di sini yang sesuai sangat untuk kanak-kanak dan orang dewasa 



Selepas itu, kami jalan-jalan sekitar pantai…kat sekitar sini sekarang dah ada banyak gerai-gerai makan…memang ramai yg melepak kat sini.





Yang paling menarik iaah tempat duduk gerai makan yg dibina atas air…ala-ala terapung gitu. Sungguh menarik lepak  minum sambil menikmati pemandangan laut udara yg menyegarkan….