Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Wednesday, January 12, 2011

~Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Pahang~


~Jom Jalan Air Terjun Pelangi by Marea~

Dekat Pahang, memang terdapat banyak air terjun yang cantik, salah satu daripadanya adalah Air Terjun Pelangi, yang terletak dekat Sungai Lembing.

Kalau nak pergi sana, korang boleh drive sampai Sungai Lembing. Then, untuk masuk ke Air Terjun Pelangi ni kena inform & letak detail kat Balai Polis Sungai Lembing dulu. Nak masuk ke camp site before ke air terjun ni kena naik 4 weel drive jek. Jalan memang teruk. Tapi, kalo takde 4 weel drive, ada khidmat untuk hantar korang sampai camp site, tapi naik lori jek la, macam gambar kat bawah ni. Kalo nak naik motor pun boleh, tapi kalo korang sanggup la.


-Lori yang digunakan untuk hantar sampai camp site-


Dari jalan utama nak pergi ke camp site amek masa approximately 1 hour coz jalan dia very da teruk. Bile dah sampai kat camp site, boleh la nak camping ke mandi dulu, coz ada sungai kat situ. Tapi kalau nak buat one day trip jek, terus jek la hiking untuk pergi ke Air Terjun Pelangi ni.


-On the way to camp site-
-Sudah sampai camp site-

Dia punya road hiking to Air Terjun Pelangi ni memang penuh dengan batu jek. Dinasihatkan untuk pakai kasut yang sesuai supaya tak jatuh tergolek. It takes around 1 hour hiking untuk sampai ke Air Terjun Pelangi dari camp site. Tapi kalo korang ni spesis lemah & kurang stamina macam aku ni, it takes around 2 hours. And also, hiking road dia very da mencabar, naik turun bukit jugak la. Kalao rasa takut collapsed tengah jalan, sila bawak bersama air 100-Plus.

-Hiking Road to Air Terjun Pelangi, laluan dia memang banyak batu yang agak menyakitkan kaki-

Bila dah sampai kat Air Terjun Pelangi tu, korang akan rasa sangat puas hati...Walaupun kepenatan. Pemandangan dia very da chantek. Memang nampak pelangi kat air terjun tu. Nak mandi pun sodap, air dia bersih jek coz tempat ni tak ramai orang yang pergi. Maklumlah, kena bersusah payah baru boleh sampai sana.






-Pemandangan dekat Air Terjun Pelangi-
Ai recommend, kalo nak pergi sini, buat 2 days trip la. One day, camping dulu kat camp site & the next day hiking to Air Terjun Pelangi. Sesapa yang rasa nak tenangkan fikiran dari hiruk pikuk kota, tempat ni memang sesuai untuk korang pergi. Air terjun yang segar & pemandangan yang sangat cantik. Jangan lupa bawak makanan yang mencukupi, kang nanti ada yang kebulur di tengah jalan kalau tak cukup makanan *__^

5 comments:

  1. ada kena caj apa2 x??mcm bes je..

    ReplyDelete
  2. ni dkt area mna erk? area sg jin ker atau kuala kenau

    ReplyDelete
  3. @nadiah: xde charge pun..freee.but if u nak sewa lori masuk kena bayar. kalau guna 4wd free...

    @yen: dkt sungai lembing..dekat dengan balai polis sg lembing

    @hamba Allah: this trip organized by my ex collegue..will ask her

    ReplyDelete
  4. 4wd ni nak naik ada stesen diorg ke? Kat mn tu leh dpt 4wd? Klu naik lori mmg sentiasa ada ke lori tu?

    ReplyDelete