Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Thursday, January 6, 2011

~Pasembur@Padang Kota Lama: Part 2~


~Jom Jom kita pergi makan kat Padang Kota Lama, Penang by Marea~

Hari ketiga ai kat Penang, makan lagi kat Kompleks Makanan Medan Renong, Padang Kota Lama. Hari tu ai makan besar. Pasembur + Char Kuey Tiaw Udang + Coconut Shake.

So, hari tu ai pergi cube makan Pasembur kat kedai lain plak. Saja mahu try kedai lain plak. Mana tahu lebih sedap dan lebih murah kannnn.. Seperti biasa, masih menggunakan kaedah try & error ^__^.So, hari tu ai makan kat kedai Haji O.S Ibrahim Pasembur pulak.


-Jom makan kat kedai Haji O.S. Ibrahim Pasembur-


So, malam tu ai nak jimat, takmo dah amek seafood. Kompem kena bayar mahal. Bayak amek kentang & benda-benda yang murah jek. Mahu jimat. Ahaks. Lagipun tak elok kan nak makan seafood hari hari, ai dah le allergic, kang ada yang tak tido malam.


-Pasembur yang dah siap dicampur-


So, harga pasembur seperti dia atas adalah RM 13.00 sahaja. Lebih murah dari yang ai makan kat Ghani Pasembur a day before. Maybe sebab takdak amek seafood langsung. By da way, dari segi appearance, pasembur kat kedai O.S Haji Ibrahim ni agak kurang memberangsakan. Colour dia pun agak pucat. Instead of letak mee sekali, kat kedai ni dorang x letak mee. Tapi dorang campur dengan timun & sengkuang jek. Dia punya kuah kacang punye colour pun pucat semacam dan yang penting rasa dia TAK SEDAP. Tawar hebeh, macam tak cukup rasa. Patutlah harga dia agak murah >,<. So, ai tak berapa recommend korang makan kat kedai ni. Agak tidak berpuas hati dengan rasa dia.


Then, sambil-sambil ai tengah lepak makan pasembur dengan kawan ai, ada lah pekedai-pekedai ni dok promot makan char kuey tiaw udang. Tak tahu kedai mana, coz dorang yang approach ai untuk makan.


-Char Kuey Tiaw Udang-


Adeh la, tengok dari physical appearance pun macam dah char kuey tiaw ni tak sedap. Colour dia pucat semacam jek. Sekali dah rasa, amek ko, macam kilang garam tertumpah dalam kuali. Masinnnn yang amat. Harga plak agak tak berbaloi, RM 8.00 untuk satu pinggan. Kalo char kuey tiaw kosong = RM 3.00, so dorang charge RM 5.00 untuk 2 ekor udang yang tak berapa nak besar tu.

Malam tu ai minum gak Coconut Shake, juga tak taw specific kedai mana yang jual. Agak susah nak tawwww sebenarnya coz depa yang datang kat kita amek order, then hantar air yang dah siap, bayar tang tang tu jugak, tak yah bayar kat kedai. So, susah nak trace depa berniaga kedai mana satu.

-Coconut Shake-


Coconut shake dia very da creamy. Minum sket pun dah rasa muak. Tidak berapa menepati cita rasa. Harga dia jangan tanya coz ai tataw. Kawan ai yang belanja itu Coconut shake, ai sedut sedut sahaja~~~

Habis dah pasal pasembur ni, jom check makanan lain plak kat next entry ^_*



No comments:

Post a Comment