~Jom Jalan Air Terjun Ledang by Marea~
If ai not mistaken, dekat Air Terjun Ledang ni laaa dorang buat shooting cerita Puteri Gunung Ledang. Senang jek nak pergi air terjun ni, dari highway, amek exit to Tangkak. Then ikut signboard untuk pergi ke Ledang. Ikut jek signboard tu Insyaallah korang sampai la ke tempat yang nak dituju.
Then, nak masuk ke kawasan air terjun ni memang kena bayar. RM 2/ car and RM 1/person. Tempat dia memang terjaga & bersih la. Bila dah park kereta kat tempat yang disediakan, korang kena menapak sikit la untuk masuk ke kawasan air terjun ni.
Air terjun ni ada banyak tingkat. Yang paling bawah sekali memang ramai orang, dorang buat macam kolam. Selalunya family-family la yang suka mandi kat sini. Tapi, kalau korang suka privacy, sila la mendaki ke kawasan/tingkat yang lagi tinggi. Orang memang tak ramai & air terjun dia memang lagi cantik dari yang kat bawah tu. Tengok korang larat ke tak je la.
-Ini kat pertengah, takla atas sangat & tak bawah sangat- |
-On the way hiking ke tingkat / kawasan yang lebiih tinggi- |
-Kawasan / tingkat paling tinggi, korang cuma boleh naik sampai sini je-
P/S: Jangan lupa bawak makanan sekali coz agak jauh kedai yang ada jual makana dengan kawasan air terjun ni. Kalau bernasib baik, adalah jumpa orang yang jual buah di pertengah jalan kat kawasan air terjun ni :)
No comments:
Post a Comment