Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Sunday, January 15, 2012

~Jom Main Air @ A'Famosa WaterWorld Melaka~

~Jom Jalan @ Melaka by Marea~

Dah lama rasanya teringin nak main air..So, hari tu bila ada kesempatan bercuti ke Melaka, alang alang pi sekali ke Afamosa Waterworld untuk main air. Senang jer nak pi A'Famosa Waterworld ni, dari highway pun dah nampak. Paling dekat, keluar dekat tol exit Alor Gajah, dalam 10 minit terus jumpa resort A'Famosa ni. Waterworld terletak dalam resort A'Famosa ni. Selain dari WaterWrold, banyak jugak tempat menarik yang ada kat sini seperti Safari.


On the way to A'Famosa Resort Alor Gajah~


Kitorang sampai kat WaterWorl around 845 pagi, agak awal sebenarnya coz time ni Waterold tak bukak lagi pun. Pukul 9 pagi baru bukak. Kauter tiket pun masih tutup pada waktu dan ketika itu. So, bagi memenuhi masa terluang, kami berjalan-jalan dahulu di sekilater kawasan WaterWorld :)


Kedai souvenir, bleh la kalo nak cari keychain buat kenangan datang sini~


Gambar-gambar dulu!


Pelampung pun ada dijual kat sini, tapi untuk kids only!


Depan pintu masuk~


Around pukul 9.00 pagi, kaunter tiket pun dah bukak..Jom kita serbu beli tiket. Kamilah orang pertama yang membeli tiket pada hari itu. Bayaran masuk RM 40 termasuk makan tengah hari + air. Banyak juga pilihan makanan yang ada dan kami memilih set nasi ayam. Rasanya oklah, biasa-biasa saja. Plus, dekat sini tak dibenarkan bawak makanan dari luar~


Jom serbu kaunter tiket!


Senarai harga tiket~


Antara pilihan makanan yang adakat sini, yang ni kena bayar coz tak termasuk dalam pakej~


Tiket dah ada, jom main air!


Let's go!


Yang ni adalah option,
kalau nak main splash kena bayar RM 10/person~


Time kitorang masuk WaterWorld pagi tu memang lengang and dorang tak oen lagi permainan yang ada kat situ..So kitorang kena tunggu lagi. Sementara bosan menunggu tu apa lagi, kta bergambar lagi. So, around 9.30 pagi baru dorang open permainan yang ada...yang bestnya datang awal? Kitorang dapat main semua permainan yang ada tanpa perlu beratur...Nak main banyak kali pun senang!


Yang ni time dah masuk dalam WaterWorld~


Jalan jalan dalam kawasan WaterWorld plak!


Yang ni adalah Kid Adventure pool....pun x open lagi time ni~


Kawasan sekitar!



Peta kawasan dalam WaterWorld!


Permainan oopen, jom kita main. Semua jenis permainan kitorang main. Memula naik Body Slide, memang menjerit sakan tak hengat dunia. Then we go to wave pool slide (yang ni kena guna boya). Boya boleh sewa and kena bayar deposit. RM 8 untuk double and RM5 untuk single. Next, kitorang main plak Family Ride, yang nilah rasanya paling adventure. Kami naik 3 orang. Rasa macam naik kuda, melambung sana sini. Paling gayat adalag bila naik High Speed Slide, yang korang boleh nampak dari highway tu. Bila sampai bawah, semua orang macam tergamam. Kalau taknak gayat sangat, slide dari bahagian kepala dulu..Memang best! Seterusnta, pi main kat Inner Tube Slide, sumpah rasa seram main kat sini!

Untuk habiskan masa terluang, kitorang gi plak kat Wave Pool Stage, yang ni feeling macam mandi kat pantai coz ada ombak bagai. Then dok pusing Lazy River. I tak paham kenapa nama dia Lazy river sebab kami kena bersusah payah derdayung guna tangan untuk gerakkan boya and lastly kitorang pergi dekat Arabian Village, dia punya sliding not bad la....Sesuai bai mereka yang takut untuk main High Speed Slide. Yang kitorang tak main adalah kat bahagian Kid Adventure Pool, tak dapatlah nak main kat sana kan? Umur dah expired >,<

So, tak banyak sangat gambar kitorang tengah main coz semua barang simpan dalam locker. Yang locker tu kena sewalah, harga tengok size locker yang disewa..Around pukul 1230, kitorang memang dah penat sangat..Then redeem makanan, siap siap and arund pukul 230 petang heading balik. Walaupun harga masuk agak mahal, tapi berbaloi main air kat sini. Puas & seronok!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment