Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Tuesday, January 17, 2012

Jalan-jalan di sekitar bandar Hat Yai

eberapa hari terakhir di Hat Yai dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan je di sekitar bandar Hat Yai ni...jalan kaki pulak tu, ntah mana-mana sampai, sesat pun buat tak peduli je...yg penting menjelajah kota Hat Yai..kalau sesat jauh2 pun takdek masalah, tuk-tuk banyak.










Hat Yai di waktu malam


Waktu malam pulak, kitorang banyak menghabiskan masa kat area Central Plaza...kawasan ni memang menjadi pusat tumpuan di Hat Yai pada waktu malam. Kat sini ada banyak kedai-kedai, shopping mall grand2, restoran-restoran dan gerai-gerai makanan halal dan hotel-hotel yg dipenuhi sebahagian besar pelancong Malaysia. Selain tu, banyak gak event-event di buat di sini.

Selain itu, di sekitar ni gak ada banyak kedai-kedai menjual cenderamata dan baju-baju yg murah...sayang betul, tak cukup bajet nak shopping sangat..kitorang beli 2-3 helai je baju Thailand kat sini. Yang pasti lepak2 kat kawasan ni waktu malam memang best la...Bandar Hat Yai sangat meriah di waktu malam




tebeliak tengok udang besar jual tepi jalan je...hahaha
dalam sebuah hotel di sekitar kawasan ni...

No comments:

Post a Comment