Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Monday, January 9, 2012

~Melaka: Jalan-jalan di Banda Hilir~

~Jom Jalan Melaka by Marea~

The best way untuk menikmati pemandangan di Banda Hilir adalah dengan berjalan kaki. Kalau rasa penat, boleh juga naik beca. Boleh mula dari Kota A'Famosa, seterusnya ke Gereja St. Paul, kemudian menyusuri Sungai Melaka, singgah sebentar di kawasan sekitar Gereja Christ Church dan Bangunan Stadthuys dan kembali semula ke kawasan Kota A'Famosa yang terletak berdekatan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.


Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium ni dekat jer dengan gereja St. Paul, tapi tak sempat masuk pun...Just bergambar dari luar saja..Muzium ni beroperasi dari pukul 9 pagi - 5.30 petang dan dibuka setiap hari. Bayaran bagi yang berminat nak masuk muzium ni adalah RM 5.00 bagi dewasa dan RM 2.00 bagi kanak-kanak dan pelajar. 

Apa yang menarik kat muzium ni? Dekat muzium ni ada mempamerkan tentang maklumat pemerintahan termasuklah amalan demokrasi di Malaysia. Ada juga pamerkan tentang susur galur sejarah awal Tanah Melayu sampailah merdeka serta kejayaan-kejayaan cemerlang yang dikecapi oleh Tanah Melay dalam sistem pemrintahan. Kalau korang minat politik, memang sesuai sangat pergi melawat Muzium Pemerintahan Demokrasi ni.



Bangunan Stadthuys
Stadthuys dalam bahasa Belanda bermaksud dewan perbandaran. Ofcoz bangunan ni dibina oleh orang Belanda masa dorang menjajah Melaka dulu.



Sekitar kawasan Bangunan Stadthuys~


Sekitar Kawasan Sungai Melaka
Boleh menyusuri kawasan Sungai Melaka sambil bergambar. Banyak juga pemandangan menarik yang terdapat kat kawasan Sungai Melaka ni.



 Seriously, sangat lupa apa nama tempat ni~



Dulu dulu, tempat ni adalah Pelabuhan Melaka~


Pemandangan sepanjang Sungai Melaka~


Nice view~


Kincir Air, kincir angin ada kat Belanda saja!




Dataran Quayside~


Sekitar Kawasan Gereja Christ Church
Dekat kawasan Gereja Christ Church ni memang meriah dah ramai orang di waktu petang. kat sini jugak ada bazar jual souvenir, harga not bad boleh tahan murahnya. Plus, sangat suka tengok rekaan bangunan kat sini, warna merah bata mebuatkan bangunan kat sini nampak klasik.


Kemana arah mahu dituju?


Bersantai-santai di Pancuran Air Ratu Victoria, nyaman!
Pancuran air ni teletak betul betul dekat Dataran Belanda~


Gereja Christ Church~
Gereja berwarna merah ni dibina pada tahun 1753 oleh orang Belanda. 
Bayaran masuk ke gereja ni adalah percuma tetapi digalakkan untuk menderma.


Jalan-jalan cari souvenir~


Bangunan jam~



Muzium Samudera
Muzium Samudera ni beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 3.00 bagi dewasa dan RM 1.00 bagi kanak-kanak dan dewasa. Muzium ni terletak dekat Muara Sungai Melaka, berdekatn jugak dengan kawasan Gereja Christ Church. Time kitorang sampai, muzium ni dah tutup sudah, tak sempat nak masuk dalam. Dulu time kecik-kecik pernahlah masuk dalam Muzium ni, tapi maybe sekarang dah berubah.

Apa yang menarik dekat Muzium Samudera ni? Dekat sini ada dipamerkan tentang perkembangan perdagangan dari zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sampailah zaman Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris & Jepun. Ada jugak dipamerkan lukisan, peta lama serta model kapal dan artifak yang berkaitan dengan maritim & perdagangan kat Melaka.




Muzium Samudera~

No comments:

Post a Comment