Kali ni nak kongsi satu tempat yg best nak satay kajang yg sedap kat Ipoh...selalunya org Ipoh lebih kenal Satay Kajang Serai dekat ngan Jusco, tapi kali ni nak kongsi satu kedai satay kajang yg jauh lagi sedap iaitu Satay Kajang Aspirasi Bonda Nasi Ayam Bukhari (punyala panjang nama) yg terletak di Dataran Sunway Ipoh.
Ramai yg tak sedar tentang kedai ni sebab agak tersorok....kedai terletak agak ke dalam gak...Dataran Sunway ni terletak bertentangan dengan LOST WORLD OF TAMBUN kat area-area Sunway Hotel Inn. Sebab tersorok, jadi kebanyakan yg datang ialah pelanggan tetap atau yg dengar dari orang lain...restoran ni buka dari 5.30 petang sampai 11 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu.
Satay diorang memang istimewa sebab sedap, lembut dan garing...bagi aku satay diorang ni boleh kata antara paling sedap penah aku makan. Selain tu, makanan-makanan lain kat sini pun sedap menarik dan berpatutan....antara yg ada ialah nasi ayam bukhari (RM4.80), nasi ayam golek sup cendawan (RM6.00), nasi asam pedas (RM5.50), nasi ayam black pepper, ais bandung spesel dan sebagainya.
satay kajang, bandung special, asam pedas |
sebarang pertanyaan boleh hubungi:
0135286019 (Encik rosli)
terima kasih kerana membuat artikel bagi Restoran Aspirasi Bonda.. :)
ReplyDeleteikhlas daripada..
--Keluarga Aspirasi Bonda
http://www.cahayakeagungan.com/2013/06/satay-kajang-restoran-aspirasi-bonda.html