Salah satu tempat yg menarik untuk lepak di waktu malam di Ipoh ni ialah di sekitar padang Ipoh. Kawasan ni dikenali sebagai pekan lama atau Old Town Ipoh. Nama Old Town White Coffee memang berasal dari sini yg dari dulu terkenal dengan kopinya.
Kawasan ini sangat menarik kerana dikelilingi bangunan-bangunan dan senibina kolonial yg masih asli dan terjaga. Suasana kat sini kadang2 terasa seperti berada di Eropah....hehe. Waktu siang di sini agak sesak dan susah nak parking tetapi waktu malam agak lengang.
Sekarang makin ramai orang datang sini samada untuk bergambar atau membuat aktiviti lain seperti bersiar-siar, main bola sepak, kereta kontrol, menunggang bike dan sebagainya. Seronok gak lepak sini malam-malam di tambah dengan suasana yg romantis...
ala-ala eropah gitew...haha |
ntah basikal sapa2 la diorang kebas untuk bergambar... |
No comments:
Post a Comment