Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Sunday, October 2, 2011

~Jom Makan Tutti Fruitty~

~Jom Makan Tutti Fruitti by Marea~

It's time to Tutti Fruitti yo! Bagi pecinta aiskrim (macam aku) yang dah muak nak makan Baskin Robins or Hagen Dasz, sekarang korang ada alternatif lain untuk makan aiskrim..Let's try Tutti Frutti Yogurt aiskrim, pasti tidak mengecewakan....

Secara keseluruhannya, aku dan kawan aku suka makan aiskrim kat sini coz dorang serve ais krim yogurt, so tak muak. Banyak jugak flavour yang ada...chocolate, vanilla, plain, laici, etc...Memang banyak flavour yang ada..Aku amek flavour laici &vanilla (wajib amek)...Memang sedap.

Konsep makan kat Tutti Fruitti ni adalah self-service. Means korang pick sendiri size cup yang korang nak (ada small, large & medium)..Then pilih flavour aiskrim yang korang nak and lastly add topping yang korang suka. Ada banyak choice: cornflakes, chocolates, candy, buah segar and others. Tengok korang suka topping apa..semua korang pilih sendiri, ikut citarasa masing-masing. 

Lepas siap pilih topping, then dorang akan timbang berat aiskrim  + topping korang tu untuk tentukan harga. 100 grams = RM 5.30, makin banyak aiskrim and topping yang korang amek, maka makin mahallah harga tutti fruitti korang. So, bagi mereka yang budget, amek sikit-sikit saja, sekadar untuk merasa.


This is our Tutti Fruitti, yang belah kiri my friend punya..
Yang belak kanan yang dok penuh coklat tu aku punya..


Yum, yum, yum..Memang sedap.
Gambar atas my friend punya =RM13.00..
Yang bawah aku punya = RM14.00


Gambar kami wajib ada~


Muka gembira before makan Tutti Fruitty..Yeah~

Outlet yang kitorang pergi ni adalah dekat Bandar Baru Uda, JB..Baru jer bukak, location dia dekat dengan Restoran Aliff BBU. Kalo kat KL, banyak outlet dia.. Ada kat TTDI, Times Square, Sunway Pyramid, One Utama, The Mines, The Curve, Tropicana City Mall and others..Tempat yang aku kasi tu adalah tempat-tempat yang senang korang nak access (shopping mall yang selalu dilawati). Kalo rasa berminat, di-recommend untuk mencuba, memang berbaloi (^__*)


P/S: Excited mahu buat home-made Tutti Fruitty, Yuhuuu~

No comments:

Post a Comment