Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Monday, June 4, 2012

Melawat Kuala Kangsar - Bandar Diraja

Antara tempat yg sempat dilawati ialah Kuala Kangsar yg terletak kira-kira 30 minit dari Ipoh. Kuala Kangsar sememangnya terkenal dengan jolokan Bandar Diraja bagi negeri Perak. Sampai je Kuala Kangsar terus ke Bukit Chandan iaitu kawasan dimana letaknya istana-istana dan binaan terpenting di Kuala Kangsar ni.

Sampai je sini bergambar depan Pintu masuk Istana Iskandariah iaitu istana rasmi kesultanan Perak sekarang. Risau gak nak bergambar kat depan ni takut kena halau. Lagipun jarang tengok orang bergambar kat sini. Redah je lah



Seterusnya kami ke Istana Kenangan iaitu istana kayu yg terletak tak jauh dari Istana Iskandariah ni. Istana Kenangan yg dah dijadikan muzium ni masih ditutup waktu ni. Waktu ni, kat luar istana banyak pulak anak-anak muda (aka mat2 rempit) bergambar kat sini. Ramai pulak tu, lantak la...kurang2 pandai gak diorang menghargai nilai sejarah...rempit bukan sebarang rempit...haha.



Kalau dah datang ke Kuala Kangsar ni wajiblah singgah solat di Masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah ni adalah antara salah sebuah masjid tercantik di Malaysia. Masjid ni walaupun nampak besar tetapi dalamnya kecik je namun tetap cantik dan moden.

Masjid Ubudiah

view Bukit Chandan dari depan Masjid Ubudiah
Seterunya makan di Kedai-kedai makan di tebing sungai Perak dan kemudia menikmati cendol...amat sesuai dengan waktu yg panas skrg ni.

Pekan Kuala Kangsar di waktu malam....


No comments:

Post a Comment