~Jom Makan Asam Pedas @ Melaka by Marea~
Bila datang Melaka, macam dah jadi perkara wajib untuk makan asam pedas. Kali ni kita try makan dekat Asam Pedas Melaka, yang terletak dekat - dekat area Uptown Mahkota Parade tu. Dari area Uptown tu dah boleh nampak signboard kedai Asam Pedas Melaka ni.
Signboard to Asam Pedas Melaka~
Kat area ni ada dua kawasan makanan, satu halal dan satu lagi non-halal. Kedai Asam Pedas ni terletak kat kawasan halal iaitu Makanan Perkampungan Melayu. Tapi tak ramai yang makan kat sini, ada 2-3 group je termasuk kitorang. Agak sunyi sepi kawasannya.
Sudah sampai di Makanan Perkampungan Melayu~
Inilah Kedai Asam Pedas Melaka, agak sunyi & sepi~
Muka cover lapar tunggu makanan sampai~
Air sampai dulu coz order air kat kedai lain, khas jual air sajaaa~
Rasa asam pedai kat sini not bad, boleh tahanlah sedapnya. Tapi I lagi suka asam pedas claypot yang dekat Kota Laksamana tu (Asam Pedas Claypot Kota Laksamana)..yang tu rasanya lagi kick. And set nasi dia ada letak sayur kubis sekali. Yang dekat sini just ada timun sajaaaa.Harga asam pedas kat sini start from RM 7.00++, bergantung kepada jenis ikan yang korang amek.
Set Nasi + Telur Masin + Timur~
Asam pedas ikan tenggiri~
Licin nasinya...cuma asam pedasnya yang tak mampu dilicinkan...~
No comments:
Post a Comment