Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Monday, January 9, 2012

Trip ke Hat Yai - part 1

Bulan lepas Tune Hotel buat promosi opening di Hat yai 10 Bath ( dalam RM1) semalam...tak sangka plak try2 kat website diorang 'ter'dapat lak booking 2 malam 20 bath...hehe. Dengar kata ramai yg try tak dapat...betuah betul kali ni. Tambah satu malam lagi jadi 3 malam dalam 500 bath (dalam RM50)..okay, kali ni dapat lah ke Thailand pulak dengan bajet yg sangat ciput.

Pegi ke Hat Yai pada dua minggu lepas betolak dari Ipoh pukul 12.45 naik bas, tiket bas RM45 seorang. Sampai di Hat Yai lebih kurang pukul 7 waktu sana.


Cek pasport di Pekan Sadao, Thailand

Check in Tune hotel..10 Bath semalam...wahaha


Lepas check in, terus cari makan...dekat2 ngan Tune Hotel ada satu restoran yg nampak cambest dan halal, kitorang pun try la..makanan kat situ memang sedap dan sangat banyak pilihan. Nama restoran Bird Nest.


Datang ke Thailand mestilah wajib makan tom yam

Dah makan, pegi merayau-rayau di sekitar kota Hat Yai. Tak banyak benda boleh buat, sampai sana pun dah malam. Yang pasti, Hat Yai tetap meriah di malam hari. Kat sana waktu malam sangat happening..best sangat.








Ada banyak gerai makan Melayu/Islam kat Hat Yai ni

No comments:

Post a Comment

Post a Comment