Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Tuesday, July 12, 2011

~Nasi Ayam Penyet Pinang & Taman U, JB~

~Jom Makan Ayam Penyet @ Restoran Pinang by Marea~

Dekat JB ni, antara makanan yang famous kat sini adalah Ayam Penyet. Kalau dekat area Taman Universiti, kedai makan ayam penyet yang paling famous adalah dekat Restoran Ayam Penyet Pinang. Dia pun sambal memang kawww punya pedas. Kedai ni memang selalu penuh, coz budak budak UTM suka makan kat sini.


Location kedai ni adalah dekat dengan area Mama Chop Papa Grill~

Harga makanan kat sini memang murah compare dengan harga Ayam Penyet yang dijual kat tempat lain. Ayam penyet & pecal lele (ikan keli) dijual dengan harga RM 4.50 sepinggan and Puyuh Penyet dijual dengan harga RM 5.50 sepinggan.


Set ayam penyet: ada nasi, ayam, timun, sambal & tempe~

So, kalau makan ayam penyet kat sini korang boleh request nak bahagian kepak or bahagian peha. Boleh jugak request nak sambal n sup lebih. So...kalo sampai Taman Universiti, jangan lupa try Ayam Penyet kat Restoran Pinang ni. Kompem terangkat korang menahan kepedasan dia punya sambal~

2 comments:

  1. Salam. Kawan nak share 1 lagi tempat makan ayam penyet yang sedap, maklumlah kawan ni memang penggemar ayam penyet dan nasi lemak berlauk. Yang ni kat area Larkin Perdana kat kedai Jamn & Jus, betul2 depan traffic light dalam Larkin Perdana tu. Yang masak tu orang Indonesia, setahu kawan dia ni la yang masak kat Nasi Lemak International kat Singapore. Kalau siapa2 yang tau, kat Singapore tu dari pagi orang dah beratur tunggu kedai bukak dan kawan pun dah pernah try, memang terbaik! Akak ni niaga kat luar kedai Jamm & Jus tu je, dari tepi jalan pun dah nampak. Ayam penyet, Nasi Lemak & Nasi ambang. Harga bole tahan la, memandangkan sekarang ni semua harga barang makanan naik so kawan bg 8.5/10. Yang paling killer tu ayam penyet n nasi tu sendiri. Sambal, jangan cerita..memang kaw! So kepada sesiapa yang jalan-jalan cari makan kat area Johor Bahru dan kawasan yang sewaktu dengannya, singgah la. Confirm tak menyesal. Akak ni jugak boleh buat catering ayam penyet, nasi lemak berlauk & nasi ambang.

    ReplyDelete
  2. @Adam, TQ for ur info...definitely i will try it..thanks ya for sharing (^_^)

    ReplyDelete