Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Tuesday, July 5, 2011

LADAP di Pulau Pinang

Sebagai penjawat awam yg bergelar guru, adalah diwajibkan menghadiri kursus Latihan dalam perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai LADAP pada setiap tahun... Wahaha... Tiba-tiba je skema bagai...Sebenarnya nak cerita yg slalunya LADAP ni dibuat di sekolah je dengar2 ceramah tak pun kena baca buku...Tapi kali kami sangat la bertuah kerana LADAP kali ni dibuat di Pulau Pinang dan ditaja oleh alumni SMJK Yuk Choy (sekolah tempat kitorang mengajar di Ipoh).

LADAPnye 1 jam lebih je, yg lain tu sume program bejalan je semata-mata. Masa ni la terasa betapa seronoknya menjadi cikgu....eh silap, slalu je rasa seronok jadi cikgu walaupun dapat anak2 murid yg sangat2 nakal...Mana taknya selalu je cuti , dinner, jalan...haha (saja bagi korang jeles....banyak je beban jadi cikgu ni)

Sampai je di Pulau Pinang destinasi pertama ialah Quensbay Mall.....punyalah banyak tempat best kat Pulau Pinang ni, shopping mall juga menjadi pilihan mereka...Dah la masa ni gaji tak masuk lagi....Lantak la, yg penting kita enjoy....Bak kata sorang cikgu di sini....Lawak betul ....Masa ni la perangai cikgu mengalahkan anak murid....Dah la dalam bas riuh rendah....Wahaha

Bergambar di depan Quensbay Mall~
Tuu dia cikgu...hangpa ingat hangpa model~
Dalam Quensbay Mall
Kan betul....mengalahkan anak murid
Makan dulu
Dalam restoran T-bowl, restoran berbentuk tandas

Seterusnya, kami pergi ke SMJK Chung Ling yg terletak Air Hitam...Ni la tempat kursus LADAP ni diadakan....Tujuannya ialah mempelajari pendekatan sistem pelajaran di sekolah ini. Sekolah ni merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia, banyak pencapaian akademik dan juga luar akademik yg dikecapi sekolah ni di peringkat nasional mahupun antarabangsa....Kawasan sekolah ni sangat luas dan pengurusan sekolah sangatlah teratur.

Lepas dengar ceramah, kami melawat sekitar sekolah ni, antaranya ke menara observatory  astronomi yg digunakan oleh kelab astronomi sekolah ni....Kagum betul, sekolah menengah pun ada menara observatory sendiri
 

Dalam menara
Dah puas berjalan di sekitar sekolah yg sangat besar ni, kitorang  pun bergambar beramai-ramai di dewan besar SMJK Chung Ling.

Guru-guru SMJK Yuk Choy di SMJK Chung Ling

No comments:

Post a Comment