Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Tuesday, July 12, 2011

~Roti Nan @ Restoran Assalam, Setia Tropika, JB~

~Jom Makan Roti Nan @ Restoran Assalam Setia Tropika by Marea~

One of my favourite meal adalah roti Nan, tapi kekadang susah jugak nak cari Roti Nan yang sedap. So, hari tu my friend ajak try makan roti Nan dekat Restoran Assalam Setia Tropika. Dekat Nilai pun banyak jugak cawangan Restoran Assalam ni and roti nan kat sini memang sedap. 


One of the reason me suka melepak kat Restoran Assalam ni sebab ada Wifi free~

Banyak jenis pilihan roti nan yang ada kat sini. Ada nan kosong, nan cheese, nan garlic, nan butter and nan special. My favourite ofcozlah nan cheese. And kat setiap tempat, dia punya kuah selalu berbeza. Kalau dekat Restoran Assalam dekat Nilai tu, dia selalu kasi kuah Dal. Banyak cara nak makan roti Nan ni. Ada orang suka makan dengan ayam tandoori, ada yang suka makan dengan kuah kari. Ikut pilihan masing-masing.

Istimewanya roti nan kat Restoran Assalam Setia Tropika ni, kuah roti nan dia adalah Kimah. Ni first time I makan kuah Kimah. Rasa dia ada macam kari daging sket, memang sedap. Habis licin kami makan. 


Roti Nan Cheese = RM 5.00


Roti Nan biasa = RM 2.50


Roti Nan Garlic = RM 4.50


Kuah Kimah~

Selain roti nan, banyak jugak pilihan makanan yang ada kat sini. Ada toosai, roti canai, makanan western, otak-otak dan lain-lain. Otak-otak kat sini pun agak sedap rasanya.


Otak-otak, sebiji = RM 0.50


Otak-otak kat sini walaupun agak kecil berbanding dengan tempat lain, tapi rasa dia agak sedap coz otak-otak kat sini pedas, compare dengan tempat lain~


P/S: Kenapa saya suka duduk Malaysia, sebab kat Malaysia sangat banyak pilihan makanan yang sedap ^_*

No comments:

Post a Comment