Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Thursday, January 6, 2011

~ Pasembur @ Padang Kota Lama: Part 1~

~Jom Jom kita pergi makan kat Padang Kota Lama, Penang by Marea~

Kalau korang pergi Penang, jangan lupa singgah kat Padang Kota Lama, antara tempat makan yang agak popular di Penang (bahagian Island).

Dekat sini ada dua tempat bahagian makan, satu untuk bukan Islam (Tidak Halal) dan satu tempat lagi adalah khas untuk orang Islam (Halal). 


-Kompleks Makanan Medan Renong, Padang Kota Lama-


Kat sini korang cakap jek nak makan apa, semua pun ada...Tapi makanan paling famous kat Penang adalah Pasembur & Char Keuy Tiaw. Makanan lain, kat tempat lain pun ada. So, bila sampai kat sini, memang mostly orang akan cari sama ada Pasembur or Char Kuey Tiaw. Boleh jugak try makan Mee Udang & Mee Kuah, kat tempat lain rasanya tak popular.

So....ai pilih kedai ni untuk makan Pasembur pada hari kedua ai kat Penang. Try & error jek masuk mana-mana kedai coz tak taw kedai mana yang sedap dengan harga yang berbaloi.


-So, ai pilih Gani Famaous Pasembur-


Bagi sesiapa yang tak tahu, kalau nak beli pasembur sama jek macam kita nak beli Yong Tau Fu & Steambot. Pergi kat kedai yang berkenaan dan mulakan sesi pilih memilih makanan mana yang berkenan di hati untuk dijadikan pasembur.


-Pilih jek mana yang berkenan-


Lepas habis sesi pilih memilih, tunggu sat beberapa minit untuk pekerja kedai prepare pasembur. Jangan lupa sediakan duit sekali. Harga makanan seafood (udang/sotong/ketam) agak mahal la, so kalau korang tengah budget makan yang murah-murah, ambil makanan selain seafood ok.


-Inilah pasembur yang ai pilih tadi-

Since ai banyak ambil udang & sotong, so ai kena bayar RM 25.00..Owh, seperti agak mahal. Adakah ai telah dikelentong oleh pekerja kedai, Wallahuallam. Lepas sesi tawar-menawar, dia kasila kurang RM 1.00, so ai bayar RM 24.00 sahaja. By da way, pekerja kat Gani Pasembur ni agak gatal okeh, saje jek buat terpegang tangan ai time kasi duit balance. Hampeh betul.

Pasembur kat sini dia campur sekali dengan mee. Ala-ala mee rojak la. Tetibe ai terfikir, ape beza pasembur dengan rojak. Rasa & physical appearance cam sama jek. Anyone know bout it?

So, pasembur kat sini agak sedap. Cukup rasa ramuan dia. Kuah kacang dia pun sedap. Direcommend untuk makan pasembur kat sini, memang rasa dia menepati citarasa. Kuah kacang dia pun pekat. Pendek kata, memang puaas hati. And dia  memang kasi siap-siap garpu 3 batang, kalau nak mintak lebeih dari tiga, sile request kepada pekerja kedai.

Then, ai minum sekali lai chee kang untuk hari itu. Tapi taktaw lai chee kang tu kedai mana yang jual. Because once kita duduk kat seat kat medan selera ni, pekerja-pekerja tu yang datang approach kita nak makan minum apa. Depa akan hantar untuk kita, except untuk pasembur kena amek sendiri.

-Lai chee kang-

Harga lai chee kang kat atas semangkuk adalah RM 3.50, tapi sangaattt SEDAP coz penuh ramuan. Banyak ramuan yang diisi dalam tu. Memang puas hati. Juga direcommend untuk mencuba lai chee kang kat atas. Tak terlalu manis, just nice.

So, kalau korang tersampai kat Medan Selera Renong, Padang Kota Lama ni, ai menyarankan agar korang mencuba pasembur yang disarankan di atas. Memang berbaloi baloi~

No comments:

Post a Comment