Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Saturday, December 3, 2011

Trip ke Pekanbaru, Riau - Part 1

Ahad baru ni (27/11) melawat Pekanbaru yg terletak di wilayah Riau, Sumatera tengah.  Provinsi Riau ialah wilayah yg paling kental jati Melayu di Indonesia malah tidak keterlaluan kika dikatakan wilayah Riau lebih kental Melayu dari Malaysia. Majoriti penduduknya keturunan Melayu Riau, Cina, Minang dan sebagainya. Riau terkenal dengan jolokan Bumi Melayu Negeri Lancang Kuning.

Dari KL naik flight AirAsia, betolak pukul 4.10 ptg sampai di airport Pekanbaru lebih kurang 40 minit. Flight dipenuhi rakyat Malaysia dan Indonesia selain beberapa pelancong barat. Kebanyakan orang Malaysia datang samada belajar, bisnes atau mempunyai talian keluarga di Riau. Dari dalam flight, boleh nampak wilayah Riau yg terbentang luas, dipenuhi ladang sawit dan kawasan perumahan yg agak tersusuk dan kurang padat lebih kurang sama je dengan Malaysia. Flight airasia terbang setiap hari ke Pekanbaru dari KL. Tambang lebih kurang RM260 pegi balik harga promosi termasuk tax dan surcharge.

Sampai di Pekanbaru, kelihatan banyak bangunan2 dan pejabat2 dengan senibina Melayu yg indah. Bangunan-bangunan di Pekanbaru besar-besar tidak seperti di Bandung. jalannya juga lebar-lebar dan tidak terlalu sesak walaupaun ada sebuah flyover sedang dalam pembinaan di tengah kota. Tak jauh dari airport ada sebuah konsulat Malaysia dan kalau tak silap hanya ada tiga je di seluruh Indonesia. Dari airport pegi ke hotel naik taxi proton saga FL...saja je. Banyak gak taxi proton di sini, yg lain Toyota, Hyundai, Nissan  dan sebagainya.




Taxi proton saga FL
Malam itu berjumpa dengan teman-teman yg dikenali di SSCI. Semuanya ramah-ramah dan menurut mereka, orang Riau memang sentiasa mengalukan dan menyambut kedatang orang Malaysia ke sana. Malam itu, diorang bawa pusing menaiki motor di jalan-jalan utama di kota Pekanbaru.

View dari bilik hotel...boleh nampak jelas Masjid Agung An-Nur  (masjid milik pemeintah Riau)




Aktivit malam pertama ialah karaoke dan pusing-pusing di sekitar Pekanbaru. Banyak pula lagu-lagu Malaysia kat sini. Ada lagu Slam, Siti, Spoon dan sebagainya. Lepas tu puas meronda di Pekanbaru yg sangat besar dengan luasnya lebih kurang Ipoh.


more stories at: http://kirapu.blogspot.com

1 comment:

  1. Salam,
    Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Bukittinggi, Medan,Pekanbaru atau seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia untuk lebih selamat..,murah.. dan meyakinkan.Urusan tiket kapalterbang juga boleh saya uruskan.
    Pelbagai pakej ke seluruh Indonesia juga tersedia.Nyatakan destinasi anda dan kami sediakan semuanya.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    JAMINAN KEPUASAN WANG DI KEMBALIKAN UNTUK ANDA!!!
    Atau boleh juga tinjau-tinjau Blog kami untuk pelbagai info:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete