Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Friday, December 9, 2011

Menara Lancang Kuning dan Perpustakaan Soeman HS di Pekanbaru Centre

Kebanyakan pelancong Malaysia kalau ke Pekanbaru tak tau sangat mana nak pergi. Harus diingatkan yg Pekanbaru bukanlah sebuah kota wisata (pelancongan) mahupun pusat belanja sepertimana Bandung. Sebaliknya Pekanbaru lebih terkenal sebagai pusat perdagangan dan pusat kebudayaan Melayu di Sumatera. 
Walaubagaimanapun ada gak beberapa tempat yg boleh dilawati sekiranya ke Pekanbaru. Antaranya Balai Adat Melayu Riau, Masjid Agung An-Nur, Anjung Seni Idrus Tintin, Labersa Waterpark, Menara Lancang Kuning dan Perpustakaan Soeman HS.

Balai Adat Melayu Riau

Perpustakaan Soeman HS
Perpustakaan Soeman HS yg terletak di Pekanbaru Centre ialah perpustakaan yg dibina oleh pemerintah Riau. Perpustakaan ini merupakan salah sebuah perpustakaan terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Bangunannya mempunyai senibina yg moden dan menarik dengan ukiran dinding yg menunjukan budaya masyarakat setempat. Dalamnya sangat luas, mempunyai ruang khas seperti auditorium, ruang internet, bilik Melayu dan sebagainya. Di dalamnya juga terdapat pelbagai koleksi buku2 Melayu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.




Dalam perpustakaan




Di depan perpustakaan
Di depan Monumen Runtuhnya Demokrasi Rakyat Riau


Menara Lancang Kuning
Hari seterusnya, kami melawat Menara Lancang Kuning yg terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Soeman HS. Menara Lancang Kuning ialah Pejabat Dinas Gabungan milik pemerintah Riau. Di tingkat paling atas ada sebuah sky garden yg dikenali sebagai Taman Zamrud.

Di sini, semua pelancong dibenarkan mengambil pas untuk naik ke tingkat atas bangunan. Dari atas bangunan, boleh tengok sebahagian besar kota Pekanbaru. Kota Pekanbaru boleh dikatakan antara kota paling terancang dan tersusun di Indonesia. View dari tingkat atas bangunan sangatlah cantik. Sedap betul lepak atas menara ni...rasa macam tak nak turun...haha.






Taman Zamrud (roof top garden)





Bangunan Menara Lancang Kuning (kiri) dan pejabar Gabenor Riau

more stories at: http://kirapu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment