Pekanbaru adalah sebuah kota yg meriah di malam hari. Berbeza sangat dengan Bandung yg sunyi di waktu malam, malah Pekanbaru lebih meriah berbanding kebanyakan bandaraya di Malaysia. Banyak kedai-kedai, cafe-cafe, bistro, warung dan gerai-gerai dibuka sehingga lewat malam.
|
restoran Kayu Manis |
|
banyak minuman pelik kat sini....sedap |
Anjung Seni Idris Tintin di Bandar Serai
Anjung Seni Idris Tintin terletak di Jalan Sudirman dalam sebuah kompleks yg dikenali sebagai Bandar Serai (Bandar Seni Raja Ali Haji). Bangunan megah ini dibina bercirikan seni bina Melayu Riau dan digunakan sebagai pusat petunjukan seni dan kebudayaan. Di Bandar Serai ni pula, terdapat replika rumah2 yg dibina mengikut senibina Melayu bagi setiap daerah di Riau.
Malam-malam ramai yg melepak di sini. Kawasan luar Anjung Seni ni dibuka kepada orang ramai. Di luar kompleks, ada banyak gerai-gerai makan dan yg paling banyak menjual jagung bakar.
|
Anjung Seni Idrus Tintin di Bandar Serai |
Dah puas lepak sini, ronda2 di sekitar Pekanbaru. Kotanya besar dan meriah di waktu malam. Puas gak meronda di Pekanbaru ni. Dah puas ronda, balik lepak kat hotel. Jalan raya di depan hotel masih sibuk walaupun dah lewat malam.
|
tugu ikan selais |
|
tugu songket |
|
lepak2 di balkoni hotel di malam terakhir di Pekanbaru...huhu |
*gambar oleh Jendry dan sebahagian lagi diambil dari skyscrappercity indonesia
No comments:
Post a Comment