Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Friday, March 25, 2011

~Taman Rekreasi Mutiara Rini, JB~


~Jom Beriadah @ Taman Rekreasi Mutiara Rini, JB by Marea~

Asyik pergi shopping or melepak kat bilik, sesekali jom kita pergi beriadah. Destinasi kami pada kali ni adalah dekat Taman Rekreasi Mutiara Rini, JB. Tujuan utama kitorang pergi sini adalah sebab nak main layang-layang. Memang ramai orang pergi sini semata nak main layang-layang.

Kalau x ada layang-layang, xde masalah..coz at sini dorang ada jual layang-layang. Macam-macam jenis ada, besar , kecik, bentuk pingu pun ada. Paling murah adalah RM 5 and layang-layang yang paling mahal boleh cecah harga RM 58 hengget wooo (tapi puas hati la sebab besau gila).



Macam-macam jenis layang-layang yang dijual kat sini. Yang pingu tu harga dia 
RM 28 (comel betul kan)


Mari memilih layang-layang yang berkenan di hati...

Disebabkan budget tak banyak, kitorang beli layang-layang yang berharga RM 5.00 jek. Oklah, not bad, still boleh terbang. Lagipun, bukan hari-hari pun kan nak main, hehehee.



Layang-layang terbang tinggi di udara~


Gembire bermain layang-layang~


Melihat arah layang-layang bergerak di udara~

Selain main layang-layang, kat taman ni ramai gak orang yang main roller blade, skate board and berbasikal. Yang jogging pun ramai, sebab jogging treck dia memang best. Kalau nak main badminton pun boleh, tapi tak berapa disarankan sebab angin kat sini agak kuat. Yang dok main bola pun ramai gak coz padang dia memang besar. Selain tu, kat sini pun ada macam-macam jenis alat kardiovaskular. Memang lengkap la kemudahan taman kat sini. Tasik pun ada~



Melepak sebentar berama-sama Kitkat~



Kami & Layang-layang~


Walaupun berharga RM5, tapi comel kan layang-layang yang kami beli ni~


Beria bawak raket badminton, tapi tak main pun..Ahha~


Hari sudah petang, jom kita pulang~


P/S: Pesanan Khas Khidmat Masyarakat. Marilah kita beriadah, sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu. Badan yang cergas menjana minda yang cerdas ^__^

2 comments:

  1. mesti ko rindu ak je kan..nama rini d mana2 saje ..kan kan kan

    ReplyDelete