Di Lumut terdapat sebuah pulau buatan manusia dikenali sebagai Marina Island. Pulau buatan ni terletak di Jalan Teluk Batik dekat dengan base TLDM. Kat sini terdapat jeti baru untuk ke Pulau Pangkor. Selain itu ada juga hotel, baungalow,hall dan kafe2 . Dari sini pegi ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa kurang 10 minit berbanding dengan jeti lama di pekan Lumut lebih 40 minit. Harga tiket sama pegi balik RM10.00 sorang.
pulau buatan - Marina Island |
setiap hari ramai orang melepak dan beriadah di pulau ini |
jeti yg luas dan menjadi tempat rekreasi |
Cuti tahun baru cina yg lepas, kitorang sekeluarga ke Pulau pangkor buat lawatan paling sekejap dalam sejarah iaitu melawat Pulau Pangkor dalam masa sejam kemudian balik....haha....xdak kerja betul.
Pulau Pangkor
Tak sampai 10 minit naik feri dah sampai Pulau Pangkor. Tunggu feri nak gerak lagi lama....
jeti pulau Pangkor |
Pekan Pangkor yg dah semakin cantik |
Kira-kira sejam kat Pulau Pangkor kitorang pun bergegas balik sebab feri terakhir ke Lumut dari sini ialah pukul 7.30 samaada ke Marina Island mahupun pekan Lumut.
more stories at: http://kirapu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment