Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Friday, March 4, 2011

~Singapore: Pulau Sentosa~


~Jom Jalan Singapore by Marea~

Selamat datang ke Sentosa Island, Pulau yang penuh dengan keriangan. Cakap jek nak apa kat sini, semua pun ado. Cuma sediakan duit yang secukupnye jelah. So..kalo naik MRT, korang boleh turun dekat 3 stesen..either nak turun kat Resort Sentosa Station, Imbiah Station or Beach Station. Jarak antara setiap station ni taklah jauh mana, korang boleh jalan kaki jek. The first station yang korang akan jumpa bila masuk Sentosa Island adalah Resort Sentosa, Imbiah Station kat tengah-tengah and station terakhir adalah Beach Station. 


Beach Station

So, memula sekali, kita turun kat beach Station. Ada tiga pantai kat sini, iaitu Palawan Beach, Tanjong Beach and Siloso Beach. Lepas turun dari MRT, korang boleh naik tram untuk pergi ke setiap pantai yang disebutkan kat atas ni ha..Nak jalan kaki pun boleh, tapi penatlah..~


-Tunggu tram dekat sini-
-Ada banyak jenis tram kat sini-
So, first-first kita turun kat Palawan Beach. Antara tarikan yang ada kat sini adalah Animal & Birds & Encounters...


-Animal Birds & Encounters-
Kalau nak tengok burung and binatang, korang kena pergi awal..Means kena pergi before 5.30 p.m. Lepas 5.30 p.m memang non hado ape lah jawapannya. Kita sampai lambat jugak la kat sini..Around 6.30 p.m, memang sekor binatang pun dah tak ada...

-Kat sini la tempaty dorang selalu buat animal show, binatang takde..kami yang buat show-
Then, dari Animal & Birds Encounter, kita saja jek jalan-jalan kat kawasan sekitar. Sampai la kita jumpa The Tourism Academy @ Sentosa. Memang agak jauh jugak perjalanannye, Fuhhh~

-Jumpa papan tanda jek, bangunannya tataw mana satu-
-Dari sini boleh nampak rollercoster dekat Universal Studio-
-Sumpah kita tataw ni bangunan apa, main bergambar jek-

Jalan punye jalan, kita pun sampailah kat Resident Wildlife~


-Resident Wildlife-
-Macam sekolah time zaman British pun ado-
-Macam tempat bersejarah pun ado jugak aih-

-Na....Gurkha Rifles pun ado okeh-

Lepas rasa kita dah macam sesat takde arah tuju, kita pun kembali semula ke Palawan Beach. Jom kita jenjalan kat Pantai. Heyooo...~

-Panjang betul misai cik Gurkha ni-

Kat Palawan Beach ni pun ada Arid Garden jugak..Kalau rasa lapar, bolehlah singgah makan and melepak dekat Bora-Bora Beach Bar~

-Arid Garden-
-Bora-Bora Beach Bar-

Dari Palawan Beach, kita teruskan perjalanan ke Siloso beach. Kat sini ramai orang buat aktiviti macam main bola tampar, BBQ dan sebagainya ;)

-Cantik jek pasir kat Siloso Beach ni, macam pasir buatan jek dia punya texture-

Dari Siloso Beach, kita jalan lagi sampai Pantai paling hujung, Tanjong Beach~ 
Kat sini ada jambatan gantung owh, jom kita naek. Hoyehh!!!!




-Excited naik jambatan gantung-
Welcome to the Southern Most Point of Continental Asia, katanyaaaa ^_^


Dari Tanjong Beach ni, boleh tengok kapal-kapal lalu. Wa...suasana kat sini very da romantik :)

-Mari melihat kapal kapal-
Then, kita panjat jugak menara yang ada kat sini. Kalau naik sampai atas, boleh nampak view Pulau Sentosa...Sangat cantik ^__^

-Inilah jambatan gantung yang kitorang naik tadi-
-View of Sentosa Island-
Next, kita amek tram dan balik semula ke Beach Station. Dekat Beach Station, banyak jugak tarikan yang ada. Antara yang popular kat situ adalah Song of The Sea. $10 kalao nak masuk situ, and kena masuk 1 hour early before the show.

-Song of The Sea-
Kalau nak rasa lebih adventure, korang boleh naik Luge & Sky Ride. Boleh naik either one way or two way. Kalau naik two way, akan turun semula kat Beach Station. Tapi kalo korang just naik one way, dia akan stop kat Imbiah Station. Me just naik skyride, tak cukup ongkos mau naik luge ride...Haha.

-Ada berani mau naik sky ride?-
-Ini ada Luge ride, macam naik go-kart, tapi dia gerak ikut graviti..korang kena pandai kawal-

-Sesungguhnya saya amat gayat bila naik ini skyride..huwaaa-

Imbiah Station

Then, lepas naik sky ride, kita turun dekat imbiah Station. Jom kita tengok apa yang menarik kat sini. So, bila turun kat Imbiah Station ni, korang akan nampak Merlion Tower. Kalau nak masuk, kena bayar $8, mahal jugak tu. Takdelah menarik mana, just dapat tengok view of Sentosa Island jer..

-Merlion Tower-
-Way to Merlion Tower-
-Gambar kat luar je yang kita mampu-

-Ada air pancut jugak dekat sekitar kawasan Merlion Tower ni-

Next, kita jenjalan kat Merlion Walk pulak. Yang ini free of charge~


-Merlion Walk-

-Berehat sebentar bersama KitKat-


-View @ Merlion Walk-

Resort World Sentosa

Dari Imbiah Station, kita jalan kaki pergi ke Resort World Sentosa. Apa yang menarik kat sini? Of Course Universal Studio Singapore (USS)~



-Sini adalah tempat orang berjudi jugak..sama jek macam kat Genting-

Lake of Dreams pun ada~

-Lake of Dreams-


-This way to Casino-
-Banyaknya lolipop-
-Apa eh nama kartun ni, lupa plak la-

Akhirnya, sampai jugak kita kat Universal Studio. Nak masuk dalam very da mahal, of course la kita tak mampu. Amek gambar kat luar suda...hahaha~



-Welcome to Universal Studio Singapore-

Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang ada kat Pulau Sentosa ni. Kawasan dia memang besar, kalau sehari jalan memang tak habis. Atleast need 2 days untuk korang pergi semua tempat yang ada kat sini ^_^

For more info, korang pergi jek kat laman web rasmi Pulau Sentosa. Dia ada terang macam mana nak pergi sana and berapa bayaran yang dikenakan untuk setiap permainan or aktiviti yang ditawarkan :)..By da way, me memang have fun pergi sana. Korang pun kalau ada kesempatan pergi Singapore, jangan lupe singgah kat sini eh~

No comments:

Post a Comment