Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Saturday, March 12, 2011

~Archery @ Danga City Mall, JB~


~Jom Pergi Memanah by Marea~

Tak tahu nak buat aktiviti apa pada hujung minggu? Sudah bosan tengok wayang atau main boling atau karaoke dan mahukan kelainan? Jom kita pergi memanah, memang best + menarik. Antara salah satu kemahiran yang Rasullullah S.A.W suruh kita belajar adalah memanah selain menunggang kuda dan berenang.

Kalau first time pergi memanah ni, memang tangan akan rasa sakit. Lama-lama ketagih pulak. Kalau kat JB ni, ada dua tempat yang korang boleh pergi kalau nak memanah. Dekat Dangan City Mall and dengan Sutera Mall. So, kali ni ai pergi memanah dekat Danga City Mall. Nama tempat dia adalah Ace Archery. Location dia dekat tingkat 4 Danga City Mall, sebelah dengan tempat main boling & paintball, serta berhadapan dengan Gym.


-Ace Archery, Danga City Mall, JB-

-Kita gambar dulu-

So bayaran yang dikenakan adalah RM 5 untuk 10 anak panah, yang ni boleh sorang main jer.  Selalu kitorang amek 160 anak panah (RM 50). So, boleh kongsi main 4 - 5 orang. Kalau setakat main 10 anak panah tu memang x puas la, just buat warming up jek~


-Try dulu pegang dia punya busar, agak berat owh-

-Ini dia sasaran kita-

-Mari kita memanah..hoyehh-

-Ini gaya orang yang expert memanah-

-Ini panahan orang yang baru belajar, seperti saya..Hahaha-

-Ini pulak panahan orang yang dah expert-

P/S: Memanah boleh membantu meningkatkan daya fokus anda dan ini adalah fakta ~

No comments:

Post a Comment