Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Saturday, March 12, 2011

~Espressoup @ Times Square~

~Jom Makan Espressoup by Marea~

Kalau korang selalu pergi Times Square, mesti akan perasan satu kedai  yang dok jual pelbagai jenis sup. Nama kedai tu adalah Espressoup. Kecik jek kedai dia, Sama level dengan monorail kalau tak silaplah~

Banyak jugak pilihan sup yang ada. Ada sup cendawan, ada sup jagung. Selain dari sup, pasta pun ada. So, hari tu ai cube rasa dia punye set sup cendawan dengan roti. Kalau taknak roti, dorang ada jugak jual sup sahaja. Tapi, kalau makan sup bersama-sama dengan roti lagi sedap rasanya. Korang boleh try kalau tak percaya, hihihihi~


-Set Sup Cendawan + Roti + Jus Air-

Sup cendawan yang kitorang makan ni taklah terlalu creamy & sangat sodap. Kena makan roti serentak sambil hirup dia punya sup. Nyum Nyum Nyum. Harga dia pun not bad, just RM 7.00 ++. A perfect choice for ur breakfast. Selamat mencuba ^__*

No comments:

Post a Comment