Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Sunday, March 25, 2012

Ipoh di waktu malam

Dulu masa awal-awal duk ipoh ni (dalam 2 tahun lepas) terasa sangat yg ipoh ni sunyi sepi di waktu malam terutamamnya di pusat bandar..atas pukul 9 jalan trus lengang, kedai2 tutup temasuk pada hujung mingu. tapi sejak akhir-akhir ni terasa ipoh dah semakin meriah bebanding dulu. banyak hotel-hotel yg baru dibuka dan kedai-kedai yg direnovate. sekarang ni kalau lalu pusat bandar, jalan raya dah makin sibuk dan meriah terutamanya pada hujung minggu. pelancong termasuk foreigner pun makin ramai datang melawat ipoh.

pusat bandar
jalan utama area depan gerbang malam


Gunung rapat - kat sini ada mcd, kfc dan old town (24jam), burger king, tutti fruity, dominos, pizza hut, secret recipe, ayamas, station 1 cafe, nanyang kopitiam, dan lain-lain lagi


Dataran Ipoh @ Greentown

Antara kawasan yg menjadi tumpuan utama pada waktu malam di ipoh ni ialah dataran ipoh yg terletak dekat dengan bangunan MBI di greentown. sekarang ni hampir setiap hujung minggu kat sini ada event-event atau roadshow sempena tahun melawat Perak 2012. Kalau takde apa-apa pun memang ramai yg lepak makan-makan kat sini. Kawasan gerai-gerai makan dah diupgrade jadi greentown walk @ MBI terrace.

greentown (depan ipoh parade)


dataran ipoh @ greentown
Selain dataran, antara tempat lain yg menjadi tumpuan di waktu malam ialah padang ipoh (di old town/pekan lama), gerbang malam, gunung rapat, area depan station keretapi (yg ditutup untuk renovation) dan juga yg paling meriah di area ipoh garden (di sekitar tesco), tapi kat sini yg banyak pub la..

No comments:

Post a Comment