pada malamnya, kami makan di restoran hj.syahrin low grand yg terletak di jalan greenhill, ipoh tak jauh dengan tower regency hotel. Restoran ni menyediakan makanan authentic cina muslim seperti itik panggang, ketam cili, sup herba dan sebagainya. Restoran ni sebenarnya asalnya dari KL (di jalan Ampang) dan yg di Ipoh ni ialah cawangannya, tapi ramai gak yg kata yg kat ipoh lagi sedap. rasanyan memang betul pun, kat sini memang sedap dan harganya pun tak la mahal dan berpatutuan dengan makanan yg kitorang order haritu.
Antara yg kitorang order ialah itik roasted, ikan kerapu sweet sour, fried butter prawn, sup cina (tak ingat nama apa), udang, sotong, tom yam seafood dan lain-lain...harganya dalam RM250 boleh makan lebih 10 orang. Kira agak murah lah untuk restoran yg macam ni, bukannya restoran biasa. Cuma dinasihatkan kalau datang sini elok datang ramai sebab setiap hidangan memang dibuat untuk beberapa orang dan lagi satu eloklah booking dan order siap-siap sebab ramai sangat yg datang dalam satu masa. Yg pasti memang puas hati makan kat sini.
|
ikan kerapu masak sweet sour...saiz besar |
|
itik panggang |
|
tak ingat nama sup ni walaupun diri sendiri yg order...haha |
|
si kecik yg tak dh sabar2 nak makan...hehe |
|
depan restoran |
ade nombor tak?
ReplyDeletenombor kedai tu..
ReplyDelete