Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Saturday, February 4, 2012

Pusing-pusing sekitar Alor Setar

Seterusnya kami pusing-pusing lah di sekitar Alor Setar ni. Walaupun Alor Setar ni agak besar, tetapi pusat bandaraya kecil je...senang nak pegi mana-mana sebab semuanya tertumpu kat area2 ni termasuk Pekan Rabu yg popular tu..




Pekan Rabu (kanan)...tak singgah pun. Rasanya dah makin tak menarik

Memandangkan Alor Setar sememangnya terkenal dengan makanan-makanan yg murah dan sedap, jadi kami singgahlah di sebuah pekan hari dekat dengan Star Parade. Ternyata makanan kat sini memang murah-murah...rasa macam nak je beli banyak-banyak.

pekan hari dekat sebelah star parade
Otak otak dan sata kat sini 3 baru RM1.00...tempat lain mana nak dapt murah macam ni. Sedap pulak tu sebab buat sendiri macam kat terengganu. Kalau kt tempat lain macam di KL dan Ipoh biasanya yg orang jual yg instant...rasanya memang lain

otak otak dan sata 3 RM1.00
Lepas tu, kami makan di kopitiam dekat dengan bangunan UKIR Mall. Tempat ni baru lagi, dulu tak ada pun ukir mall ni. Rupanya yg dimaksudkan kopitiam ialah ala-ala sebuah food court yg ada banyak gerai...ada satu gerai je yg jual white coffee dan semestinya tak sesedap kopi di ipoh....hehe. Yg penting tempat ni best lah untuk lepak.



Alor Setar di waktu malam 


Alor Setar masih seperti dulu, sunyi sepi di waktu malam. Tapi nasib baik la kat depan Masjid Zahir dah semakin meriah sebab dihiasi dengan lampu-lampu yg ala-ala kat i-city tu... sekurang-kurangnya ada la tempat untuk melepak di waktu malam selain shopping mall ngan kedai makan je.

Masjid Zahir


No comments:

Post a Comment

Post a Comment