Di Lumut sekarang ada satu lagi tarikan terbaru iaitu muzium kapal perang TLDM yg terletak di Lumut Waterfront. Muzium terapung ni sebenarnya adalah sebuah kapal lama milik TLDM dijadikan muzium sempena Lumut sebagai bandar tentera laut. Kawasan ni sekarang menjadi tumpuan orang ramai kerana di sini gak terdapat sebuah food court tepi laut dan tapak permainan. Sesuai sangatlah pun kalau datang sini seisi keluarga.
Muzium Kapal TLDM |
depan food court waterfront |
Seterusnya kami pergi ke Pangkor Marina.Island. Di sekitar jeti Marina ni sekarang ada gerai-gerai makan yg dibina atas air. Malam-malam lepak-lepak minum kat sini memang best lah sambil menikmati pemandangan menarik di pulau buatan ni.
kawasan parking di Jeti Marina Island |
Dulu ramai yg jangka bila buka je feri baru kat Marina Island, pekan Lumut akan kurang meriah tapi sebaliknya yg jadi. Dua2 jeti penuh dengan orang dan pekan Lumut tetap sama malah sekarang makin meriah. Tempat parking di kedua-dua jeti sentiasa penuh. Jeti lama di Lumut tetap jadi pilihan terutama bagi penduduk Pangkor sebab kat sini parking berbumbung. Harga tiket nak ke Pangkor sama je cuma kalau dari Marina Island kurang 10 minit dah sampai Pangkor.
Read previous post about Marina Island:
No comments:
Post a Comment