Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Wednesday, February 1, 2012

Bukit Merah Laketown - Ecopark dan Wheelchair

Cuti baru-baru ni, kami sekeluarga pegi ke Bukit Merah Laketown yg terletak di daerah Kerian, Perak. Biasanya pelancong kalau datang ke Bukit Merah untuk mandi mandi di waterpark, tapi kami kali ni pegi untuk mencuba aktiviti lain pulak.

Banyak aktiviti lain lagi yg boleh dibuat kalau datang ke sini selain mandi di waterpark antaranya melawat pulau orang utan, kayak, indoor games, wheelchair, ecopark dan banyak lagi. Selain tu terdapat pelbagai pilihan chalet, hotel atau apartment untuk pelancong yg memilih menginap di sini.



Antara yg menarik kat sini ialah Ecopark. Kat sini ada sebuah mini zoo dan pelawat boleh memilih untuk jalan kaki atas jambatan atau naik Skycycle rides. Banyaran untuk naik skycicle ni RM6.00 seorang. Benda ni kena kayuh pakai tangan, seronok gak naik benda ni.

Yg kat depan tu chalet Kampung air




Lepas tu naik wheelchair dengan bayaran RM7.00 seorang. Dari sini boleh nampak pemandangan yang cantik dan orang mandi manda kat waterpark. Sayangnya masa kami naik, waterpark dah nak tutup..tinggal berapa kerat je yg ada kat waterpark tu.


waterpark

Datang ke sini semangnya satu pengalaman yg menarik. Banyak lagi aktiviti lain yg boleh dicuba. Yang pastinya, Bukit Merah Laketown betul-betul menepati temanya sebagai premier eco-tourism destination in Malaysia

No comments:

Post a Comment