~Jom Makan Meat Ball @ Ikea by Marea~
Craving for meat ball? Takde tempat lain untuk menikmati meat ball yang enak kecuali di Food Court Ikea, Mutiara Damansara...Rasanya, the best meat ball yang pernah I makan. Kalau mengidam nak makan meat ball, kompem akan pergi ke Ikea. Cuma yang tak berapa nak gemar pergi Ikea ni sebab susah nak dapat parking, nak nak bila weekends...Tawaf dok cari parking boleh jejak dekat sejam.
Harga meat ball kat sini adalah ni RM 5.00/5pcs dan RM 10.00/10 pcs. Kalau korang nak jimat, boleh beli yang RM 16.00/20 pcs...then boleh share reramai. Harga tak termasuk 6% governemnet tax. So, meatball ni datang sekali dengan fries, kalo amek 20 pcs untuk kongsi dua orang, sure kenyang..Specialnya meat ball kat sini adalah dimakan sekali dengan strawberry sauce, nampak cam pelik kan...Tapi percayalah, memang sedap!
Sweedish Meat Ball yang menyelerakan~
Kalau korang dah muak nak makan meatball, jangan risau coz dekat food court Ikea ni ada jual makanan lagi jugak. Korang boleh try makan salmon, rasanya not bad....boleh tahanlah~
Salmon~
Untuk dessert, di-recommend untuk mencuba Kek Daim, rasanya memang sedap coz tak terlalu manis sangat dan tidak memuakkan. Harga Kek Daim ni adalah RM 5.00++ for 1 piece. Dia punya roti pun menarik hati, sesuai dengan my taste.
Famous Daim Cake - must try!
Kebanyakkan orang yang datang Ikea ni bukan semuanya nak shopping, tapi ramai jugak yang datang semata-mata nak makan kat sini..So, agak susah jugak nak cari seat untuk makan..kena berebut. Konsep makan kat sini adalah self servise, ambil troli and pick the food.
Muka gembira dapat makan meat ball~
Bagi yang sangsi sama ada meat ball kat sini halal atau tak, coz bebaru ni kan kecoh kata meat ball kat Ikea ni tak halal kan. Jangan risau coz meat ball kat Ikea ni ada sijil Halal dari JAKIM. Manufacturer untuk meat ball Ikea ni adalah MACFOOD Service Sdn Bhd. Boleh rujuk sijil Halal kat laman web JAKIM, kalau korang rujuk nama MACFOOD service...produk daripada syarikat berkenaan adalah halal dan sah laku sehingga 31 Mac 2013.
Contact Info:
IKEA Malaysia Food Court,
No.2, Jalan PJU 7/2.
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
+603 7726 7777 (Tel)
+603 7726 6255 (Fax)
Waktu Operasi:
Ahad - Khamis: 10 pagi - 10 malam
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 10 pagi - 11 malam
ikea ni dkt depan rumah tapi xpernah gi makan kat foodcourd situ. memang ramai org cakap sedap tp bila ada pengesahan jakim harap umat islam tak ragu2 lagi.
ReplyDeleteFrom http://juadahmalaysia.com
@mekar24: yuppie, dulu ada isu pasal halal, then ramai yg ragu ragu nak makan...but meatball kat sini memang sedap, yang buat meatball kat sini unik adalah sos strawberry dia tu..nanti kalo ada masa lapang trylah makan ^__^
ReplyDeletecakap pasal meatballs IKEA nih...saya baru jer upload gambar2 masa makan kat sana baru2 nih di blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com
ReplyDeleteSenang2 tu jenguk la ye....topik blog saya nih pasal tempat2 makan menarik yg saya visit seperti restoren, warung,gerai,foodcourt, hotel buffets dan lain2....100% topik makan jerrr tak de topik lain hehe.
Jangan lupa ye follow blog saya kalu sudi...TQ TQ