Salah satu tempat yg best tuk lepak dan makan kat Ipoh ni ialah Padang Polo atau nama rasminya Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah.
Tempat ni memang sentiasa dikunjungi terutamanya pada hujung minggu. Kalau hujung minggu, memang ramai orang datang sini sepanjang hari dan gerai-gerai makan dibuka dari tengah hari lagi sampailah ke malam. Pagi2 akan ada aktiviti senamrobik, main layang-layang dan sebagainya. Yang bestnya kt sini selain dapat melakukan aktiviti beriadah dpt gak menikmati pemandangan yg cantik. Kawasannya pun luas.
Kat sini banyak gerai2 yg menjual makanan-makanan seperti mi rebus, laksa, mi kari, cendol dan sebagainya. Tapi dalam banyak2 yg plg best skali ialah laksa Kedah. Gerainya terletak di hujung sekali. Laksa kedah diorang mmg sedap dan harganya pun sgt murah 2 ringgit je.
laksa Kedah RM2.00 yg sedap |
Dah kenyang bersiar-siar di padang Polo
waktu ni tgh hujan renyai2 tapi kitorang selamba je bejalan sambil begambar macam xde benda yg berlaku....haha |
lepas hujan orang kembali ramai |
cantik kan |
Lebih banyak cerita di:
http://kirapu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment