Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Thursday, February 17, 2011

Makan seafood dan menginap di Teluk Ketapang

Malam itu kami memilih untuk makan dan meginap di Teluk Ketapang setelah dicadangkan oleh beberapa penduduk tempatan di sini. Agak susah nak jumpa tempat ni kerana tak banyak (ke takde langsung?) sign board bagitau tenpat ni. Hampir2 putus asa cari tempat ni tapi nasib baik la terjumpak sign board kecik bagitau beberapa km lagi sampai lapangan terbang Sultan Mahmud. Nasib baik la airport ni betul2 terletak di Teluk Ketapang, kalau tak sampai ke sudah la tak jumpa tempat ni.

Memang banyak restoran2 terutamanya yg menjual makanan seafood di sini. Selain itu, terdapat banyak gak tempat penginapan seperti chalet dan homestay. Kiranya memang tak sia-sialah kitorang bersusah payah cari tempat ni. Malam tu kitorang check in di sebuah chalet yg terletak betul-betul dekat dgn lapangan terbang. Selepas itu, kitorang pun pegilah mencari restoran seafood di sekitar sini lagipun memang bercadang nak makan seafood kat Kuala Terengganu ni.

restoran yg menjadi pilihan, Sri Aman Seafood
Makan dengan penuh gembira
menu yg menjadi pilihan
Makanan kat sini memang sedap dan menu yg kitorang pilih ialah ikan kerapu besar masak stim, tom yam seafood, kerabu mangga, kangkung, sotong goreng, 3 laicikang, 1 air mangga semuanya baru RM 59.00. Pastu tambahlagi  kepok lekor RM2.oo yg agak banyak. Memang tak rugi lah makan kat sini, dah la sedap murah pulak tu. Agaknya makanan kt KT ni memang sume murah2 kot. Tempat lain memang tak dapat harga macam ni.


Bergambar dan bersarapan di Teluk Ketapang

Selepas puas tidak terkata makan kat sini, kitorang pun balik ke chalet.  Esoknya pagi2 lagi kitorang checkout untuk pergi ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Sebelum tu kitorang bergambar dulu dan bersarapan di Teluk Ketapang.

pantai Teluk Ketapang yg dilarang mandi

posing-posing

Sarapan kami pagi ni 2 bungkus nasi dagang, 3 nasi berlauk ayam, sekor ikan tongkol masak merah campur minuman dalam RM14.oo. Murah2....




more stories at: http://kirapu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment