Nilah dia Kuala Terengganu, sebuah bandaraya yg cantik. Kalau Kota Bharu mendapat gelaran bandaraya Islam, Kuala Terengganu pula mendapat jolokan bandaraya bandaraya warisan pesisir air. Memang best datang sini ditambah pula dengan kedudukannya yg terletak betul2 di tepi bantai. Nyaman dan layan....
bandar Kuala Terengganu yg dihiasi dgn bunga2 dan hiasan2 yg menarik |
Sampai je Kuala Terengganu tempat pertama kitorang pegi ialah Pasar Payang. Pasar Payang terkenal dengan penjualan batik yg pelbagai jenis. Batik di sini betul-betul cantik dan harganya pun jauh lebih murah dari tempat lain. Memang tak rugi la bagi sesiapa yg meminati batik kalau datang ke sini
rambang mata tengok batik2 kt sini |
baju yg menjadi pilihan....bolehlah pakai pegi kerja |
Setelah puas shoping kat pasar payang ni, kitorang pegi ke satu bangunan ni yg juga menjual kain-kain batik dan benda-benda lain. Bangunannya jauh lebih cantik dan teratur tapi sayang tak ramai orang ke sini.
antara produk yg dijual selain batik |
pemandangan dari tingkat atas |
Lepas puas shoping, kitorang bergambar di sekitar area2 ni....semakin cantik bandar Kuala Terengganu skrg...
kawasan dataran berhampiran dengan pasar payang |
more stories at: http://kirapu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment