Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Wednesday, May 11, 2011

Teluk Batik, Lumut dan Manjung

Esoknya (2 Mei) tiba-tiba je diajak pergi ke Lumut.Tanpa dirancang terus pergi ke Lumut dari Ipoh kira-kira 1 jam. Detinasi pertama ialah Teluk Batik yg penuh sesak kerana cuti. Pergi begambar je sebab tak bawa baju untuk mandi....sayang gak tak dapat mandi.




Dah puas jalan-jalan di Teluk Batik, kitorang pegi ke Marina Island untuk bergambar. Pulau buatan Marina Island ni kian popular terutamanya untuk bersantai, beriadah bersama keluarga dan juga untuk bergambar terutamanya di jambatan ni yg designnya ala-ala jambatan Putrajaya.



Kemudian pergi ke Lumut naik atas bukit yg ada tulis Selamat datang Lumut dan Pulau Pangkor. Dari atas ni boleh nampak Pekan Lumut, Manjung, TLDM dan Lumut Port.

Pekan Lumut di waktu senja

Malam tu makan di Shabu Shabu stimbot & bbq. Makanan di sini dihidangkan secara buffet dengan harga RM18.90 seorang. Boleh makan apa-apa saja termasuk stimbot, bbq, desert dan banyak lagi makanan-makanan lain. Memang puas dan sangat berbaloi makan di sini.






more stories at: http://kirapu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment