Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Friday, March 25, 2011

~Taman Rekreasi Mutiara Rini, JB~


~Jom Beriadah @ Taman Rekreasi Mutiara Rini, JB by Marea~

Asyik pergi shopping or melepak kat bilik, sesekali jom kita pergi beriadah. Destinasi kami pada kali ni adalah dekat Taman Rekreasi Mutiara Rini, JB. Tujuan utama kitorang pergi sini adalah sebab nak main layang-layang. Memang ramai orang pergi sini semata nak main layang-layang.

Kalau x ada layang-layang, xde masalah..coz at sini dorang ada jual layang-layang. Macam-macam jenis ada, besar , kecik, bentuk pingu pun ada. Paling murah adalah RM 5 and layang-layang yang paling mahal boleh cecah harga RM 58 hengget wooo (tapi puas hati la sebab besau gila).



Macam-macam jenis layang-layang yang dijual kat sini. Yang pingu tu harga dia 
RM 28 (comel betul kan)


Mari memilih layang-layang yang berkenan di hati...

Disebabkan budget tak banyak, kitorang beli layang-layang yang berharga RM 5.00 jek. Oklah, not bad, still boleh terbang. Lagipun, bukan hari-hari pun kan nak main, hehehee.



Layang-layang terbang tinggi di udara~


Gembire bermain layang-layang~


Melihat arah layang-layang bergerak di udara~

Selain main layang-layang, kat taman ni ramai gak orang yang main roller blade, skate board and berbasikal. Yang jogging pun ramai, sebab jogging treck dia memang best. Kalau nak main badminton pun boleh, tapi tak berapa disarankan sebab angin kat sini agak kuat. Yang dok main bola pun ramai gak coz padang dia memang besar. Selain tu, kat sini pun ada macam-macam jenis alat kardiovaskular. Memang lengkap la kemudahan taman kat sini. Tasik pun ada~



Melepak sebentar berama-sama Kitkat~



Kami & Layang-layang~


Walaupun berharga RM5, tapi comel kan layang-layang yang kami beli ni~


Beria bawak raket badminton, tapi tak main pun..Ahha~


Hari sudah petang, jom kita pulang~


P/S: Pesanan Khas Khidmat Masyarakat. Marilah kita beriadah, sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu. Badan yang cergas menjana minda yang cerdas ^__^

Tuesday, March 22, 2011

Marina Island dan Pulau Pangkor

Marina Island - pulau buatan manusia

Di Lumut terdapat sebuah pulau buatan manusia dikenali sebagai Marina Island. Pulau buatan ni terletak di Jalan Teluk Batik dekat dengan base TLDM. Kat sini terdapat jeti baru untuk ke Pulau Pangkor. Selain itu ada juga hotel, baungalow,hall dan kafe2 . Dari sini pegi ke Pulau Pangkor  hanya mengambil masa kurang 10 minit berbanding dengan jeti lama di pekan Lumut lebih 40 minit. Harga tiket sama pegi balik RM10.00 sorang.

pulau buatan - Marina Island

setiap hari ramai orang melepak dan beriadah di pulau ini

jeti yg luas dan menjadi tempat rekreasi

Cuti tahun baru cina yg lepas, kitorang sekeluarga ke Pulau pangkor buat lawatan paling sekejap dalam sejarah iaitu melawat Pulau Pangkor dalam masa sejam kemudian balik....haha....xdak kerja betul.





Pulau Pangkor

Tak sampai 10 minit naik feri dah sampai Pulau Pangkor. Tunggu feri nak gerak lagi lama....

jeti pulau Pangkor


Pekan Pangkor yg dah semakin cantik

Kira-kira sejam kat Pulau Pangkor kitorang pun bergegas balik sebab feri terakhir ke Lumut dari sini ialah pukul 7.30 samaada ke Marina Island mahupun pekan Lumut.


more stories at: http://kirapu.blogspot.com/

Sunday, March 20, 2011

~Late Birthday Celebration @ Baskin Robin~


~Jom Makan @ Baskin by Marea~

Dari besday haritu (Dec 2010) me dok cari kek Baskin Robin, Baru sekarang (Mac 2011) dapat makan. Can called it as late birthday celebration at Baskin Robin. Kalau dekat JB, cafe BR ada dekat Jusco tebrau City and City Square. So, me pergi lepak dekat BR yang dekat CS nun~

Seriously, korang kena try rasa kek yang ada kat BR ni coz kek kat sini adalah kek aiskrim dah sangat sedap. Walaubagaimanapun, kek dekat BR ini adalah 2x ganda harga kek dekat Secret Recipe nun (agak mahal) dan slice dia pun lagi kecik dari slice dekat SR.



Me makan kek Oreo, harga RM 11.50 per slice~


Kek ni sangat sedap, bahagian atas warna putih tu adalah asikrim vanilla and bahagian bawah yang warna hitam tu adalah oreo. Plus ada jugak biskut oreo sebagai hiasan~


Satu kek kongsi berdua, habis licin kami makan~


Thanx to Inchik Yong Shih Ween kerana sudi membelanja saya kek BR ;)


Bergambaran selepas kekenyangan makan kek~


P/S: Next Target, mahu mencuba merasa Kek Haagen Dazs :)

~Berehat Sebentar Di Pekan Jasin~


~Jom Jalan Jasin by Marea~

Jasin, sebuah pekan kecil yang ada dekat Melaka. Bandar Jasin jadi popular coz dekat sini ada MRSM Jasin (sekarang dikenali sebagai MRSM Tun Ghafar Baba). Tenang jek rasa suasana kat sini~



On the way to Pekan Jasin~


Exsited nak pergi Pekan Jasin~







Pemandangan dekat Pekan Jasin~


Memula sampai dekat Pekan Jasin, me with my friend cari surau dulu. Since one of my friend adalah ex-student MRSM Jasin, he suggest us untuk singgah solat dekat Masjid Air Barok. 







Masjid Air Barok~


Dah solat, then kita cari makan pulak. Dekat belakang Masjid Air Barok ni ada kedai makan. Malas nak pusing jauh-jauh, kita makan kat situ jelah. Tapi makanan dekat situ amatlah terhad, cuma ada 3 jenis menu  jek iaitu Nasi Goreng Hailam, Nasi Goreng Kampung & Nasi Goreng Cina. Sebab dah lapar punya pasal, kita makan jer lah apa yang ada~



3 Layer three pun ada dijual kat sini~






Melepak lepas sambil menunggu makanan tiba~


P/S: Menurut my friend, Pekan Jasin dah maju berbanding dulu. Mungkin selaras dengan slogan Melaka Maju 2010~

Thursday, March 17, 2011

Makanan Indonesia dan Minangkabau di Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Salah sebuah restoran yg semakin popular di Ipoh kini ialah restoran Simpang Tiga, Ipoh. Istimewanya ialah restoran ini menyediakan makanan asli Minangkabau dan Indonesia dan cawangannya di Ipoh merupakan satu-satunya di Malaysia (cawangan lain kesemuanya di Indonesia). Selain makanan Indonesia, ada juga seksyen untuk makanan Western, Mi kicap (yg popular di Ipoh) dan lain-lain. Restorannya sangat besar, selesa dan ada suasana ala-ala kopitiam. Sangat best untuk lepak dan makan. Harga makanan kat sini agak berpatutan dan jauh lagi murah dari makan kat ayam penyet atau warong peyet.


Nasi goreng sarolangun (nasi goreng + udang & sotong goreng tepung + keropok + sayur) - RM7.90

Salah satu makanan western - Mushroom sup + roti (RM4.00) dan roti garlic

nasi campur


seronok lepak dan makan di sini

Restoran ni terletak di Greentown Square dekat area belakang Greentown mall. Senang je nak jumpa restoran ni sebab dari jauh boleh nampak design Minangkabau pada kedai ni.




Read more stories at: http://kirapu.blogspot.com/

~Nando's KLCC~


~Jom Makan @ Nando's by Marea~


Cadangan asal , we want to have a dinner @ Chilli's KLCC, tapi Chilli's full pulak on that time. So, kitaorang pun tukar plan pergi dinner dekat Nando's je. Me memang jarang masuk Nando's coz harga makanan dia yang boleh tahan tahap kemahalan dia tu >.<..



Lama jugak kitaorang tunggu makanan hari tu..Paizul sampai dah nak tertidor dah >,<


Kitaorang dah siap bergambar macam-macam gaya, 
Tapi makanan tak sampai sampai jugak....Aigo~


Yeah...akhirnya makanan sampai jugak..2 pcs nasi + ayam + coleslaw + fries...
Latte + juice sangat menyelerakan...
Jom kita makan~


Paizul dah tak sabar nak makan~


Habis licin semua makanan kitorang habiskan...


Muka kekenyangan ^__*


P/S: Still loves Kenny Rogers more than Nando's ;)

Wednesday, March 16, 2011

~Bandaraya Melaka Di Malam Hari~


~Jom Jalan Melaka by Marea~

Sudah lama tak pergi Melaka, the last time ai pergi sana adalah pada tahun 1996. So, last year (2010), me with my friend berkesempatan untuk pergi ke Melaka lagi sekali. After 14 years, sangat banyak perubahan pada Bandar Melaka. Apa yang boleh dilihat, bandar Melaka memang sudah semakin maju & semakin meriah ^__*

So, first tempat yang ai pergi adalah Mahkota Parade. Sangat ramai orang kat sana. So, lepas park kereta kat Mahkota Parade, me with my friend pun berjalan kaki ke sekitar kawasan Bandar Melaka.


- Depan Mahkota Parade-

So dari Mahkota Parade, kita jalan pulak pergi ke Dataran Pahlawan, berdepan jek dengan Mahkota Parade. Dekat sini banyak tempat makan & tempat shoping. Sebelah Dataran Pahlawan ada Menara Taming Sari, tapi tak naik pun coz ramai gila orang yang q nak naik Menara Taming Sari tu >,<


-Nasi Lemak Antarabangsa pun dah ada kat Dataran Pahlawan, tak payah pergi Kg. Bharu pun xpe dah-

After that, kita jalan pulak pergi ke Kota A-Famosa and Gereja St. Paul. Sempat juga la kita dok bergambar dalam kegelapan malam :)


-Depan Kota A-Famosa-

-Mari bergambar bersama meriam-

-Depan kereta kebal pun kita bergambar gak-

Next, kita jalan-jalan plak pergi ke Muzium-Muzim yang ada sekitar Bandar Melaka. Disebabkan kitorang pergi malam, of coz la semua muzium pun dah tutup kan, so kita gambar dari luar jek la. And, on the way pergi ke muzium-muzium tu, nampak orang naik beca pusing keliling Bandar Melaka. Wah, masih wujud lagi beca tu sampai sekarang. Cuma sekarang beca ni makin up la, makin cantik and dah pasang lagu English ooo..Dulu semua beca pun dok pasang lagu dangdut jek >,<


-Lalu depan Jalan Kota Lama-

-Bergambar didalam pekat malam-

-Tak tahu pun kewujudan Muzium Setem ni-


-Muzium Umno Melaka pun ada-


-Muzium Islam Melaka-

-Melepak sebentar di taman permainan sebelah Muzium-






-Muzium Samudera yang berbentuk kapal-


Lepas dok habis pusing Bandar Melaka, kita pun balik semula ke Mahkota Parade and lepas tu pergi tengok wayang dekat GSC Dataran Pahlawan sebelum bertolak balik semila ke JB :)

P/S: Next time pergi Melaka, nak naik Menara Taming Sari pulak, nampak cam menarik jek ;)