Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Monday, November 14, 2011

Bandung - Jalan Riau, Dago, Ciumbuleuit dan Cihampelas Walk

Dari Jakarta, tiba di Bandung kira-kira 3 jam lebih melalui jalan tol.


Sampai je di Bandung, kami terus makan di sebuah restoran yg agak popular iaitu Karamba Sundanese Bistro yg terletak di sekitar Jalan Riau...makanan di sini sangat sedap dan semestinya wajib order makanan yg paling popular di Bandung ni iaitu ikan gurame (ikan kaloi). Air strawberry dan alpukat (avocado) pun sangat sedap dan pekat....kalau ke Bandung wajib minum dua air ni.

Ikan gurame yg popular
Otak-otak kat sini rasanya lain dari di Malaysia...lagi sedap


Aktiviti seterusnya, shopping di factory-factory outlets sekitar jalan Riau dan Dago...belambak outlet/butik di sepanjang jalan, semuanya dekat-dekat...harga baju-baju branded kat sini sangatlah murah...kebanyakan murah 4-5 kali dari di Malaysia. Beli T-shirt bvlgari kat sini RM20 lebih je...wahaha. Rasanya barang-barang kat sini original, cuma mungkin yg direject dari kilang.. tengok kualiti memang bagus.

Antara factory outlet di Jalan Riau
Sedar-sedar hari pun dah malam, kira-kira pukul 7 kitorang bergerak ke Jalan Ciumbuleuit untuk check in di Galeri Ciumbulueit hotel...sume hotel kami dibooking melelui website airasia, masa booking, tengok hotel ni yg paling murah yg available, harga RM178 semalam...masa booking tak sedar pun hotel ni 4 bintang. Masuk tengok biliknya sangat la luas dan servis memang 4 bintang...ada ruang tamu, dapur..hotel apartment...rasa membazir pulak duduk 2 orang satu bilik..haha.




Melepak di Cihampelas Walk
Biasanya orang Malaysia pukul 9 dah balik hotel tidur.Lebih kurang pukul 8 lebih, kitorang saja2 pergi ke Ciwalk (Cihampelas walk)..ingat nak overnight malam terakhir. Kebanyakan kedai di Bandung pukul 9 dah tutup. Nasib baik la tempat ni pukul 11.00 malam.

Cihampelas walk aka Ciwalk
Makan di kafe Roppan (Japanese fusion)

Menikmati sushi inagari
Kira-kira pukul 11.00 malam jalan kaki dari Ciwalk ke hotel...dalam 20 minit gak la. Banyak je taxi kat sini, tapi saja kitorang jalan kaki. Tak terasa letih pun disebabkan cuaca kat sini yg sejuk dan nyaman.

Jalan kaki malam2 buta

Jakarta - Jalan Thamrin, Tanah Abang & Grand Indonesia

Pagi esoknya kami berjalan di sekitar hotel untuk bersarapan kerana jenis bilik yg kami stay tak sekali dengan sarapan. Di sekitar hotel, terdapat banyak gerai makan dan restoran kerana kawasan ini memang terkenal sebagai tempat makan popular di Jakarta. Sebelum makan, jalan2 dulu sampai di jalan Thamrin yg dipenuhi dengan bangunan2 moden dekat je dengan hotel.

Jalan Thamrin
Jalan ni terletak di sebelah hotel menuju Jalan Thamrin
Lontong Betawi......sedap

Selepas bersarapan lebih kurang pukul 8.30 kami bertolak ke Tanah Abang. Tanah Abang terkenal sebagai gedung membeli belah secara borong di Jakarta. Tapi kebanyakan barang di Thamrin city lagi murah dan tempatnya pun jauh lebih selesa.

Tanah Abang
Sementara diorang yg lain sibuk shopping, kami yg teruna ni berjalan di kawasan sekitar. Daripada buang masa macam tu je, baik pegi tempat lain. Kami bejalan menuju Grand Indonesia yg terletak di sebelah Thamrin City. Tengah bejalan, nampak ada sebuah bajai....kami pun tahan, dapat la merasa naik bajai ni




Di depan plaza Grand Indonesia. Kat area ni banyak shopping mall kelas...makan kat sini best gak...restoran kat sini xde la mahal sgt.
Depan Grand Indonesia


Menikmati kopi toraja di plaza grand indonesia....nak makan benda lain dah tak larat
Dah puas lepak kat sini, balik ke Tanah Abang....Dari Tanah Abang terus bertolak balik ke Bandung... tak sempat nak melawat tempat2 menarik di Jakarta...huhu

Jakarta - Thamrin City, MONAS dan Jalan Sabang

Niat asal nak terus pergi ke Tanah Abang tetapi disebabkan kemacetan (jam) yg terus, supir kami menasihatkan kami supaya ke Thamrin city.Menurutnya Thamrin city lebih selesa dan barang2 kat sini lebih murah dan jalan pun tak sesak. Memang betul pun, barang-barang kat sini lagi murah dari kat Tanah Abang..buang masa je pegi Tanah Abang, sesak yg amat.


Lepak2 depan Thamrin city...puas tunggu diorang sibuk shopping




Monumen Nasional (MONAS)
Seterusnya kami melawat MONAS (Monumen Nasional) iaitu tugu monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan. Bahagian atas tugu ni dibuat daripada emas. Di tugu MONAS ni, pelancong boleh naik ke puncak atas dan menikmati panorama kota Jakarta dari atas. Tapi, sebab waktu pun dah malam, kami hanya bergambar di luar tugu sahaja.




Depan MONAS

Jalan Sabang (Jalan Hj. Agus Salim)
Dah puas bergambar, kami pun pegi check in hotel yg terletak tak jauh pun dari MONAS ni iaitu Maxonehotel.com yg terletak di Hj. Agus Salim atau lebih dikenali sebagai Jalan Sabang. Hotel ni kami booking dari website airasia awal-awal. Harga diorang kira amat berpatutan bagi sebuah hotel baru yg terletak di lokasi strategik di tengah kawasan tumpuan kota Jakarta. Perasa ramai gak orang Malaysia menginap di sini. Hotel ni designya sangat cantik,stail,cozy dan walaupun agak kecil tapi lansung tak terasa.



Selepas check in, kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Sabang untuk makan. Jalan Sabang sememangnya terkenal sebagai tempat makan popular di Jakarta. walaubagaimanapun, kena berhati-hati sebab bukan semua warung dan restoran di sini halal. Nak selamat masuk kedai-kedai yg standard je lah.


Perjalanan ke Jakarta

Kira pukul 11.30 pagi kami bertolak ke Jakarta dari Rumah Mode melalui jalan highway. Walaupun di atas highway, tapi kereta kat sini semua begerak tak lebih 100km sejam. Beza sangat dengan di Malaysia, mau-mau tak kurang 150km/j. Highway diorang lebih kurang la dengan highway di Malaysia.

Di sepanjang highway terdapat banyak R&R (di sini dipanggil rumah istirahat) dan jarak antara setiap dekat-dekat je. Yg tak tahan, setiap satu highway dah macam tempat shopping. Ada banyak restoran, F&B siap dengan outlet2 dan macam2 kedai. Ada sesetengah R&R siap dengan masjid...boleh R&R Malaysia kalah jauh la. Dalam perjalanan kami singgah di salah satu R&R untuk makan tengah hari.



Jarak antara Bandung dgn Jakarta sebenarnya taklah jauh sangat tapi disebabkan kereta kat sini semua bawa perlahan, jadi agak bejam gak la baru sampai di Jakarta. Sampai je jalan tengah jam dan ianya memang perkara biasa di sini. Kira-kira 4 jam gak la nak sampai ke pusat kota Jakarta dari Bandung....







 

Secara umumnya kota Jakarta sangat besar dan dipenuhi bangunan yg modern, glassy dan cantik2 walaupun tak sepadat KL...di banyak kawasan, Jakarta kelihatan lebih moden dari KL...cuma sayang, jalan-jalan di sana sentiasa sesak disebabkan sistem pengangkutan yg kurang memuaskan...lagi satu perasan di KL lebih  ramai orang berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam berbanding di Jakarta.

Sunday, November 13, 2011

~Auntie Anne's Caramel Almond~

~Jom Makan Auntie Anne's Caramel Almond by Marea~

Selalu ni, kalau pergi memana shopping complex..selalu jer nampak kedai Auntie Anne ni, tapi tak tergerak plak hati nak singgah beli...Tapi tak dapat dinafikan, setiap kali lalu depan kedai Auntie Anne ni, bau roti dia memang menarik hati..

So, last month tetibe rasa nak try bakery dekat Auntie Anne ni dan hasilnya tidak mengecewakan....Bakery kat sini sangat sedap especially Caramel Almond...Huwaa, menyesal tak try before this...Rasa Almond flavour ni  tak terlalu manis....sedang sedang la...But my friend yang lelaki tak suka sangat coz dorang kata terlalu manis (by da way, lelaki memang tak suka makan benda manis pun kan..hehehe)...


Yum yum~

Try it for once, trust me...Caramel Almond memang berbaloi untuk dicuba~

So, the price for Caramel Almond only RM 4.60 (include tax)...Lebih kurang jer dengan harga bakery kat tempat lain...Hehe...Untuk penggemar bakery, i guess berbaloi untuk korang try this Caramel Almond (^_^)

Friday, November 11, 2011

~Meat Ball @ Ikea~

~Jom Makan Meat Ball @ Ikea by Marea~

Craving for meat ball? Takde tempat lain untuk menikmati meat ball yang enak kecuali di Food Court Ikea, Mutiara Damansara...Rasanya, the best meat ball yang pernah I makan. Kalau mengidam nak makan meat ball, kompem akan pergi ke Ikea. Cuma yang tak berapa nak gemar pergi Ikea ni sebab susah nak dapat parking, nak nak bila weekends...Tawaf dok cari parking boleh jejak dekat sejam. 

Harga meat ball kat sini adalah ni RM 5.00/5pcs dan RM 10.00/10 pcs. Kalau korang nak jimat, boleh beli yang RM 16.00/20 pcs...then boleh share reramai. Harga tak termasuk 6% governemnet tax. So, meatball ni datang sekali dengan fries, kalo amek 20 pcs untuk kongsi dua orang, sure kenyang..Specialnya meat ball kat sini adalah dimakan sekali dengan strawberry sauce, nampak cam pelik kan...Tapi percayalah, memang sedap!

Sweedish Meat Ball yang menyelerakan~


Kalau korang dah muak nak makan meatball, jangan risau coz dekat food court Ikea ni ada jual makanan lagi jugak. Korang boleh try makan salmon, rasanya not bad....boleh tahanlah~


Salmon~

Untuk dessert, di-recommend untuk mencuba Kek Daim, rasanya memang sedap coz tak terlalu manis sangat dan tidak memuakkan. Harga Kek Daim ni adalah RM 5.00++ for 1 piece. Dia punya roti pun menarik hati, sesuai dengan my taste.

Famous Daim Cake - must try!

Kebanyakkan orang yang datang Ikea ni bukan semuanya nak shopping, tapi ramai jugak yang datang semata-mata nak makan kat sini..So, agak susah jugak nak cari seat untuk makan..kena berebut. Konsep makan kat sini adalah self servise, ambil troli and pick the food. 

Muka gembira dapat makan meat ball~

Bagi yang sangsi sama ada meat ball kat sini halal atau tak, coz bebaru ni kan kecoh kata meat ball kat Ikea ni tak halal kan. Jangan risau coz meat ball kat Ikea ni ada sijil Halal dari JAKIM. Manufacturer untuk meat ball Ikea ni adalah MACFOOD Service Sdn Bhd. Boleh rujuk sijil Halal kat laman web JAKIM, kalau korang rujuk nama MACFOOD service...produk daripada syarikat berkenaan adalah halal dan sah laku sehingga 31 Mac 2013.

Contact Info:
IKEA Malaysia Food Court,
No.2, Jalan PJU 7/2.
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
+603 7726 7777 (Tel)
+603 7726 6255 (Fax)

Waktu Operasi:
Ahad - Khamis: 10 pagi - 10 malam
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 10 pagi - 11 malam

Tuesday, November 8, 2011

~Let's Broga~

~Jom Panjat Bukit Broga By Marea~

Feeling nak panjat bukit atau gunung? Yok kita pergi panjat Bukit Broga yang terletak dekat Semenyih. Senang jer nak pi Bukit Broga ni, korang ikut jer signboard yang menghala ke Kajang/Semenyih. boleh guna landmark University of Nottingham Semenyih coz Bukit Broga ni dekat jer dengan Uni. of Nottingham tu. Other landmark adalah ada ladang rabbit dekat dengan Bukit Broga ni.

Nak masuk kawasan Bukit Broga ni kena bayar RM 1 / RM 2 (i lupelah) untuk sebuah kereta. Tinggi Bukit Broga ni around 390 meter. Bukit Broga ni ada tiga puncak, puncak yang first tu memang sgt mencabar (sangat curam ok). Puncak yang kedua and ketiga tu oklah, tak securam puncak yang pertama tu.



Trek: On the Way ke Puncak Pertama~


Trek menuju ke puncak, jalan dia quite ok~

Berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak ketiga iaitu puncak paling tinggi? Bergantung kepada stamina korang. Kalau jenis yang tak pernah nak exercise like my self ni, memang semputlah nak sampai. I take around 2 hours nak sampai ke puncak yang ketiga tu (hazab!!!)...Dengan jalan yang agak curam, kiri kanan batu..memang agak thrill sebenarnya untuk sampai ke atas. Of course you need help from others untuk sampai ke atas.

Timing paling baik nak hike Bukit Broga ni sebaik-baiknya around 5 pagi, so that korang boleh tengok matahari terbit dari atas puncak Bukit. Make sure korang bawak tourch light dan bekalan air yang mencukupi okeh. Aku panjat Bukit Broga ni around 730 pagi (agak lambat sebenarnya)..and sampai kat puncak ketiga around 930 pagi (lembab giloss)...Ngam pulak tu bila sampai kat puncak ketiga hujan lebat, makanyaaaa lamalah aku terperangkap kat puncak ketiga tu (>,<)..Bagi sesapa yang rasa tak larat nak sampai punca ketiga, lehla daki sampai puncak yang first jer, next time sambung naik sampai puncak ketiga. Amat dinasihatkan buat exercise before hiking supaya tak termengah di tengah jalan.

On the way aku turun, memang jalan sangat licin becoz hujan kan..Hadap la jatuh tergolek sebab track sangat licin. After 1 and half hour baru sampai ke bawah. Since time aku pergi ni cuaca tak berapa nak baik, maka gambar yang ditangkap pun tak berapa nak cantik (>,<)



Gambar kenangan dekat Puncak pertama (^_^)


Nice view, nyaman jer rasa bila ada kat puncak~


By da way, it's interesting hiking Bukit Broga ni... Walaupun semput, rasa seronok & Insyaallah nak pi lagi!


Friday, November 4, 2011

Trip Bandung & Jakarta - Intro

Cuti Deepavali minggu lepas, kitorang pegi bercuti di Bandung dan Jakarta. Harga tiket flight kami agak murah sebab dah beli awal-awal. Pegi balik Kuala Lumpur – Bandung termasuk tax, bagasi dan booking seat tak sampai RM500.

Percutian kami agak pendek iaitu 2 malam di Bandung dan 1 malam di Jakarta. Tapi puas jugak la menjelajah kota Bandung dan Jakarta. Hotel yg kami duduk semua yg bagus-bagus dan terletak kat kawasan yg strategik di area-area pusat membeli belah. Disebabkan waktu pendek kami guna khidmat supir (kereta sewa+driver), kalau nak jimat pakai public je tapi buang masa la. Tempah hotel sendiri dan ambil supir jauh lagi murah la dari guna travel agency. Kalau guna travel agency selalunya diorang bagi hotel yg murah-murah je.

Flight kami sepatutnya pukul 7.15 malam ditunda 3 jam sebab airport Bandung ditutup disebabkan lawatan presiden Indonesia ke Bandung. Jadi kami sampai di Bandung pun dah lewat malam, rugi dah hari pertama.

puas tunggu flight di LCCT
akhirnya, betolak ke Bandung

Secara ringkas ni aktiviti kami sepanjang 3 malam 3 hari di Bandung dan Jakarta:

26/10/2011
12.30 am - malam tiba Bandung, check in hotel Amaris Cihampelas

27/10/2011
7.00 am – sarapan, jalan2 dan begambar di sekitar Cihampelas
9.00 am – shopping di rumah Mode
11.30 am – betolak ke jakarta, singgah makan di R&R di highway
3.30 pm - shopping di Thamrin city, Jakarta
7.00 pm – melawat MONAS (monumen nasional),
8.00 pm – check in hotel maxone.com di Jalan Sabang
9.00 pm – makan/bersiar-siar di Jalan Sabang

28/10/2011
7.00 am – sarapan di sekitar hotel
8.30 am – shopping di Tanah Abang, bersiar-siar di kawasan sekitar, window shopping di plaza Grand Indonesia
12.30 pm – betolak di Bandung
3.30 pm – makan di resto Karambe Sundanese Food Bistro
5.00 pm – shopping di Jalan Riau
7.30 pm – Jalan Dago
8.30 pm – Check in hotel Galeri Ciumbuleuit
9.00 pm – Jalan-jalan di Cihampelas Walk (Ciwalk)
11.00 pm – Berjalan pulang ke hotel

29/10/11
8.00 am – sarapan
9.00 am – shopping di Pasar Baru
12.30 pm – Kartika Sari
1.30 pm – betolak ke airport