Raya ketiga baru baru ni kitorang pergi beraya di rumah sorang kawan di Pulau Pangkor. Lansung tak rancang pun main sergah je, nasib baik la sekarang ni ada feri dari Marina Island tak sampai 10 minit dah sampai ke Pulau Pangkor. Sepatutnya feri tu betolak setiap sejam, tapi sempena cuti dan hari raya ni banyak pulak trip sebab orang ramai, boleh kata setiap 15 minit ada ja boat bertolak. Bayaran ialah RM10 sorang pegi dan balik.
Sampai kat Pulau Pangkor kitorang sewa motor. Bayaran sewa motor di sini antara RM20 - RM40. Selain motor, ada gak pengangkutan lain yg lebih popular iaitu van tetapi kalau nak rasa puas menjelajah pulau ni lagi baik la sewa motor...boleh pusing merata sesuka ati dan baru la adventure sikit. hehe
tiba-tiba ja diorang jadi minah rempit |
merempit di pulau Pangkor |
Pantai ni adalah pantai yg paling utama di Pulau Pangkor, boleh dikatakan tempat yg wajib dilawati sekiranya sampai ke Pulau Pangkor.
Dutch Fort
Dutch fort atau Kota Belanda ialah tugu pertahanan tinggalan Belanda. Tempat ni terletak di sekitar kawasan kampung oleh itu ramai pelancong yg tak jumpa tempat ni. Ni kali pertama datang sini tupun nasib baik sebab rumah kitorang beraya tu tak jauh dari kota Belanda ni.
Pasir Bogak
Sekitar pekan Pangkor
Dekat pukut 7.30 petang kitaorang pegi ke jeti betolak pulang kerana boat terakhir dari Pulau Pangkor ke Marina Island ialah pukul 7.30 petang setiap hari.
atas boat meninggalkan Pulau Pangkor |
No comments:
Post a Comment