Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Monday, February 28, 2011

Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang

Antara destinasi kami di negeri Pahang ialah Bukit Tinggi. Bukit Tinggi ni sebenarnya terletak tak jauh pun dari KL dan Genting. Di sini terdapat beberapa tarikan menarik seperti Japanese tea garden, golf and Country club, Chateau spa resort, bird park dan yg paling popular ialah Colmac Tropicale. Nak masuk ke Bukit Tinggi Berjaya Hill ni kena bayar RM12.00 setiap seorang.

Chateau Spa Resort
Bird park - bayaran masuk RM3.00
Suasana Perancis di Colmar Tropical Bukit Tinggi

Dibangunakan oleh Berjaya Hill, Colmar Tropical terkenal dengan bangunan-bangunan dan suasananya yang betul-betul terasa seperti berada di Eropah.Di tambah pula dengan suhu di sini yg agak sejuk seperti di Cameron Highland.

Selain hotel, terdapat beberapa cafe dan restoran yg hampir kesemuanya menjual makanan-makanan western seperti pizza, pasta, donut, bakeri dan sebagainya. Makanan di sini agak mahal contohnya pizza kecil berharga RM33.oo dan spageti RM29.oo. Jadi kalau rasa tak berapa nak mampu silalah bawa makanan sendiri.









terdapat beberapa cafe dan restoran


senibina bangunan dan landscape ala Perancis

more stories: http://kirapu.blogspot.com/2011/02/jalan-jalan-lumut-di-hari-jadi.html

Sunday, February 20, 2011

Taman Monumen, Taman Tamadun Islam, di Pulau Wan Man

Taman Tamadun Islam (TTI) terletak di pulau Wan Man tak jauh dari Losong (kawasan yg terkenal dgn kepok Losong) dan muzium Terengganu. Taman Tamadun Islam (TTI)ni ialah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh dunia.

kompleks Taman Tamadun Islam (yg belah kanan tu convention centre)
Kat sini kitorang ambil pakej promosi masa tu semperna karnival iaitu pakej termasuk tiket masuk dan keretapi di taman monumen, river cruise dan pakej makan serta cenderamata dengan harga RM20.00.


Taman Monumen

Di taman monumen ni terdapat pelbagai replika masjid dan senibina keagungan Islam. Selain menggunakan keretapi, pengunjung boleh gak menyewa basikal yg terdapat di sini.

kawasan dalam Taman Monumen
Kubah As Shakra (belakang) dan replika Masjid Badshahi, Pakistan (depan)
monumen Taj Mahal
Replika komplek Suleyman, Turkey



monumen masjid Sammara, Iraq

KulSharif, Russia

 taman monumen yg luas

Banyak lagi sebenarnya monumen2 yg ada kat sini selain daripada semua yg di atas. Kalau nak tengok kena la datang sini.

More stories at: http://kirapu.blogspot.com/

Thursday, February 17, 2011

Makan seafood dan menginap di Teluk Ketapang

Malam itu kami memilih untuk makan dan meginap di Teluk Ketapang setelah dicadangkan oleh beberapa penduduk tempatan di sini. Agak susah nak jumpa tempat ni kerana tak banyak (ke takde langsung?) sign board bagitau tenpat ni. Hampir2 putus asa cari tempat ni tapi nasib baik la terjumpak sign board kecik bagitau beberapa km lagi sampai lapangan terbang Sultan Mahmud. Nasib baik la airport ni betul2 terletak di Teluk Ketapang, kalau tak sampai ke sudah la tak jumpa tempat ni.

Memang banyak restoran2 terutamanya yg menjual makanan seafood di sini. Selain itu, terdapat banyak gak tempat penginapan seperti chalet dan homestay. Kiranya memang tak sia-sialah kitorang bersusah payah cari tempat ni. Malam tu kitorang check in di sebuah chalet yg terletak betul-betul dekat dgn lapangan terbang. Selepas itu, kitorang pun pegilah mencari restoran seafood di sekitar sini lagipun memang bercadang nak makan seafood kat Kuala Terengganu ni.

restoran yg menjadi pilihan, Sri Aman Seafood
Makan dengan penuh gembira
menu yg menjadi pilihan
Makanan kat sini memang sedap dan menu yg kitorang pilih ialah ikan kerapu besar masak stim, tom yam seafood, kerabu mangga, kangkung, sotong goreng, 3 laicikang, 1 air mangga semuanya baru RM 59.00. Pastu tambahlagi  kepok lekor RM2.oo yg agak banyak. Memang tak rugi lah makan kat sini, dah la sedap murah pulak tu. Agaknya makanan kt KT ni memang sume murah2 kot. Tempat lain memang tak dapat harga macam ni.


Bergambar dan bersarapan di Teluk Ketapang

Selepas puas tidak terkata makan kat sini, kitorang pun balik ke chalet.  Esoknya pagi2 lagi kitorang checkout untuk pergi ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Sebelum tu kitorang bergambar dulu dan bersarapan di Teluk Ketapang.

pantai Teluk Ketapang yg dilarang mandi

posing-posing

Sarapan kami pagi ni 2 bungkus nasi dagang, 3 nasi berlauk ayam, sekor ikan tongkol masak merah campur minuman dalam RM14.oo. Murah2....




more stories at: http://kirapu.blogspot.com

Wednesday, February 16, 2011

~Singapore: China Town~


~Jom Jalan China Town by Marea~

China Town kat Singapore ni lebih kurang jek macam Petaling Street Kat KL nun. Tourist suka datang shoping kat sini, cakap jek nak barang apa semua pun ado. Keychain, t-shirt, souvenir. Harga dia pun quite cheap, and boleh bargain lagi harga dia.


-Ini barang barang untuk sambut tahun baru cina-

-Keadaan agak sesak kat China Town, especially bila weekend-

-Buah limau bali Ipoh mali pun ada dijual kat sini-

-Kedai jual souvenir-

-Keychain murah murah, 7 pcs = $10-


-Pilih jek mana barang yang berkenan di hati-

-Kat sini ada gak kedai makan, tapi sah sah la tak Halal okeh-

So, dekat area China Town ni ada gak Tokong. Boleh la kalau nak masuk melawat. Free of charge. Macam muzium jugak dia punye condition.




-View depan tokong-

-So nama tokong ni adalah Buddha Tooth Relic Temple & Museum-
-Free of charge jek kalo nak masuk-

Tokong ni ada 4 tingkat, and kat atas bumbung dia ada garden. Me tak pergi semua tingkat la, just pergi tingkat 1 & 4 and also dia punye garden kat atas bumbungnya. Kat tingkat 4 tak bleh amek gambar, coz kat situ dorang ada buat upacara cam semayang ke dok menenangkan diri. Me also not sure la. Ala-ala macam cite Eat. Pray & Love tu ha....Sunyi sepi jek suasana dia~


-Lukisan ni depa letak kat tepi lift jek-

Jom kita usha apa yang ado di Tingkat 1. Tak sempat jalan habis pun kat tingkat 1 ni, besar jugak owh tempatnya~

-Depa punye dewa kot, rasenyeelaaaa-

-Ada kaligrafi cina jugak di sini-

-Gift From Around the World katanya-

-Replika istana, tapi tak sure dinasti mana punye istana-

-Kaligrafi cina lagi-
Next, jom pergi ke tigkat paling atas, atas bumbung owh....Takde lift, lift sampai tingkat 4 jek. So, kita kena naik tangga jek la jawapannya. Jom kita sambung usha tengok apa yang ada kat sana~


-Upper floor viewing a.k.a pemandangan dari atas bumbung-

-Ada taman rupenya di atas itu-

-Cantik jugak dia punye taman-

-Buddha Prayer Wheel pun ado aih-

-Nak taw apa menatang Buddha Wheel Prayer tu bolehlah baca dia punye decription-

-Inilah dia Buddha Prayer Wheel tu, boleh men pusing pusing lagi ha-

-Cukup satu pusingan, loceng dia pun akan berbunyi-

-Pintu masuk to that Buddha Wheel Prayer-

-Antara bunga yang ada kat taman atas bumbung-

-Memang banyak pokok yg depa tanam kat sini-

-Yang merah merah kat belakang tu macam patung kecik la...me kompem tataw patung apa, jangan ditanya-

-Tataw la sama ada dorang punye tuhan or dewa-

-Dah habis melawat, jom kita pulang-

P/S: Dah nama pun melawat tokong, so..keluar dari tokong tu habis satu badan bau colok. Korang jangan komplem plak eh bila dtg sini badan berbau colok~