Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Monday, June 4, 2012

BOH tea centre, Sungei Palas, Cameron Highland

Seterusnya kami ke BOH tea centre yang terletak di Sungei Palas tak jauh dari Gunung Brinchang. Sebenanrya walaupun dah selalu datang ke Cameron ni, tapi ni la kali pertama masuk ke BOH centre ni. Selalunya ke Cameron Bharat je. Ramai gak yg tak tau tempat ni, jalan nak masuk kawasan ni agak sempit dan berbengkang bengkok. Ada sesetengah pelancong masuk ke sini jalan kaki berkilometer...rajin betul terutamanya pelanong asing.

View dari sini sangat-sangatlah cantik..tak sia-sia betul datang tempat ni. Di sini ada sebuah cafe BOH yang mana makanan serta minuman kat sini tak la mahal, Jauh lagi murah dari di Cameron Bharat. view pun jauh lagi cantik

sampai sini je la, dah tak larat nak turun sampai bawah




design dalam yg cantik
dalam cafe...best betul minum kat sini...nyaman dan view cantik


camera orang...berangan sekejap

Masa nak balik singgah tempat ni kejap yg terletak tak jauh dari Brinchang, beli oleh-oleh...kawasan ni memang menjadi tempat utama untuk membeli cenderamata, sayur sayur atau apa-apa je untuk dibawa balik


Trip ke Cameron Highland (part 1)

Trip seterusnya ke Cameron Highland. Kali ni dengan menaiki van persiaran dari Parlo tour Agency di Ipoh. Bayarannya ialah RM400 untuk satu hari day trip ke Cameron Highland sekali dengan driver dan boleh memuatkan hingga 10 orang. Ada agensi lain yg boleh muat sampai 14 orang tapi tengok van Parlo Agency ni agak cantik amik je la, lagipun kami semua 9 orang je.

Destinasi pertama ialah Ladang teh Cameron Bharat yg terletak di hujung ke arah tapah. Singgah sini minum teh sekejap, tapi makanan kat sini agak mahal.


minum dulu


Seterusnya ke Pekan Tanah Rata yg terletak tak jauh dari sini. Pekan Tanah Rata ni ialah pusat pentadbiran bagi daerah Cameron Highland dimana di sini letaknya kebanyakan bangunan-bangunan kerajaan, station bas dan bangunan2 lama dengan seni bina Eropah. Selain hotel, apartment, kat sini ada beberapa cafe termasuk Starbuck dan Marrybrown.

Pekan Tanah Rata

Di Tanah Rata, kami dibawa ke sebuah resort yg terletak di atas bukit untuk bergambar...kat sini betul-betul terasa suasana Eropah dengan bangunan2, hotel dan apartment bersenibina Eropah.






Seterusnya singgah sebentar di Pekan Brinchang untuk solat dan membeli barang2 keperluan selain lepak-lepak sekejap di sini. Rasanya Pekan Brinchang adalah pekan terbesar di Cameron Highland. Pekan Brinchang yg semakin berubah ni terletak hanya beberapa km je dari Pekan Tanah Rata.

makan strawberry dan kuih muih 

di Pekan Brinchang

Melawat Kuala Kangsar - Bandar Diraja

Antara tempat yg sempat dilawati ialah Kuala Kangsar yg terletak kira-kira 30 minit dari Ipoh. Kuala Kangsar sememangnya terkenal dengan jolokan Bandar Diraja bagi negeri Perak. Sampai je Kuala Kangsar terus ke Bukit Chandan iaitu kawasan dimana letaknya istana-istana dan binaan terpenting di Kuala Kangsar ni.

Sampai je sini bergambar depan Pintu masuk Istana Iskandariah iaitu istana rasmi kesultanan Perak sekarang. Risau gak nak bergambar kat depan ni takut kena halau. Lagipun jarang tengok orang bergambar kat sini. Redah je lah



Seterusnya kami ke Istana Kenangan iaitu istana kayu yg terletak tak jauh dari Istana Iskandariah ni. Istana Kenangan yg dah dijadikan muzium ni masih ditutup waktu ni. Waktu ni, kat luar istana banyak pulak anak-anak muda (aka mat2 rempit) bergambar kat sini. Ramai pulak tu, lantak la...kurang2 pandai gak diorang menghargai nilai sejarah...rempit bukan sebarang rempit...haha.



Kalau dah datang ke Kuala Kangsar ni wajiblah singgah solat di Masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah ni adalah antara salah sebuah masjid tercantik di Malaysia. Masjid ni walaupun nampak besar tetapi dalamnya kecik je namun tetap cantik dan moden.

Masjid Ubudiah

view Bukit Chandan dari depan Masjid Ubudiah
Seterunya makan di Kedai-kedai makan di tebing sungai Perak dan kemudia menikmati cendol...amat sesuai dengan waktu yg panas skrg ni.

Pekan Kuala Kangsar di waktu malam....