Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Tuesday, May 24, 2011

Makanan Western di Eastern’s Brasserie, Ipoh

Di Ipoh terdapat sebuah Retoran Makanan Western yg agak menarik iaitu Restoran Eastern’s Brasserie yg terletak dekat dengan traffic light simpang antara Jalan Cockman dengan Jalan Sultan Idris Shah. Restoran terletak di tingkat bawah bangunan Eastern Hotel...

Makanan di sini memang sedap dan makanannya betul-betul Western. Layanannya yg diberikan di sini sangat tiptop terasa seperti di hotel dan harga makanannya pun boleh tahan...Selain itu, ada gak set promosi iaitu untuk lunch RM11 (main course meal + soup + dessert + drink ) dan set dinner RM16 (main course + soup + drink).

Dalam restoran
Tak sabar tunggu
Smoked salmon
Spaghetti bolognaise 
Smoked salmon + grilled chicken mushroom with Mashed Potato + Carrot soup+ Grilled Lamb



Lokasi:

118, Jalan Sultan Idris Shah, 
30000 Ipoh, Perak

Wednesday, May 11, 2011

Teluk Batik, Lumut dan Manjung

Esoknya (2 Mei) tiba-tiba je diajak pergi ke Lumut.Tanpa dirancang terus pergi ke Lumut dari Ipoh kira-kira 1 jam. Detinasi pertama ialah Teluk Batik yg penuh sesak kerana cuti. Pergi begambar je sebab tak bawa baju untuk mandi....sayang gak tak dapat mandi.




Dah puas jalan-jalan di Teluk Batik, kitorang pegi ke Marina Island untuk bergambar. Pulau buatan Marina Island ni kian popular terutamanya untuk bersantai, beriadah bersama keluarga dan juga untuk bergambar terutamanya di jambatan ni yg designnya ala-ala jambatan Putrajaya.



Kemudian pergi ke Lumut naik atas bukit yg ada tulis Selamat datang Lumut dan Pulau Pangkor. Dari atas ni boleh nampak Pekan Lumut, Manjung, TLDM dan Lumut Port.

Pekan Lumut di waktu senja

Malam tu makan di Shabu Shabu stimbot & bbq. Makanan di sini dihidangkan secara buffet dengan harga RM18.90 seorang. Boleh makan apa-apa saja termasuk stimbot, bbq, desert dan banyak lagi makanan-makanan lain. Memang puas dan sangat berbaloi makan di sini.






more stories at: http://kirapu.blogspot.com

Cameron Highland di waktu malam

Cuti 1 Mei baru ni pegi ke Cameron highland...tapi waktu tu jalan jam sangat teruk....betolak dari Ipoh pukul 5 kira-kira pukul 8 baru sampai ke pekan Brinchang. Jadi kali ni hanya sempat menikmati malam hari di Cameron Highland sebab malam tu jugak nak betolak balik ke Ipoh.. Cameron Highland waktu cuti ni sangatlah sesak dengan pelancong.

Sampai sini dalam pukul 6...waktu ni tak jam lagi

Dekat pukul 8 baru sampai Brinchang
Makan dulu
Jalan-jalan
Brinchang night market
Macam-macam ada
Pekan Brinchang


On the way balik singgah sekejap di kedai bunga....waktu tu dah pukul 11 lebih....singgah je tak beli pun...




more stories: http://kirapu.blogspot.com/

Thursday, May 5, 2011

Ipoh Hainan Chicken Rice

Ipoh memang terkenal dengan nasi ayam terutamanya nasi ayam taugeh dan hainan. Antara kedai nasi ayam yg popular ialah Ipoh Hainan Chiken Rice yg teletak di jalan Raja Muda Aziz @ jalan Anderson.

Menu paling utama di sini ialah Roasted chicken rice dan steamed chicken rice serta menu-menu lain seperti assam laksa, Watan Ho, yee mee, Nyonya mi udang dan banyak lagi termasuk makanan Western.

Rasanya makanan paling best kat sini ialah Deep Fried Tauhu with Oyster Sauce. Tauhunya sangat sedap dan lembut tetapi rangup di luar. Rasanya ni la tauhu paling sedap pernah kitorang makan selama ni...memang wajib order kalau datang sini....



Deep Fried Tauhu with Oyster Sauce



read more stories at:http://kirapu.blogspot.com/