Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Monday, June 27, 2011

Pemandangan KL dari Bukit Ampang

Minggu ni ramai betul orang kahwin, maklumlah cuti sekolah. Yang bagusnya dapat gak bejumpa dengan kawan-kawan lama dan berjalan di sekitar KL ni. Salah satu tempat yg dilawati kali ni ialah Bukit Ampang. Dari sini boleh tengok pemandangan sebahagian Kuala Lumpur. Ramai gak orang melepak di sini dan kat sini pun banyak gerai-gerai makanan.




Kebetulan pula masa kitorang sampai dah dekat pukul 7. Jadi kitorang amik la kesempatan tengok matahari terbenam. Cantik sangat Kuala Lumpur waktu tu tengok dari sini. Memang tak sia-sia datang sini



Sunday, June 26, 2011

~New Cadbury Chocolate: Vanilla~


Yeay, bagi penggemar coklat, Cadbury ada flavour baru which is French Vanilla.

Bagi penggemar Vanila, coklat ni memang pilihan terbaik untuk anda, memang sangat umpph~

Kombinasi coklat + Vanilla memang sangattttt sedap~


\\

Cadbury French Vanilla = RM 7.50~


Selamat Mencuba ^_*

~Asam Pedas Claypot @ Kota Laksamana Melaka~


~Jom Makan Asam Pedas @ Melaka by Marea~

Kalau pergi jenjalan kat Melaka, tak sah kalau tak singgah makan asam pedas becoz kat Melaka ni memang terkenal dengan keenakan asam pedasnya. So, cuti baru-baru ni I berkesempatan untuk mencuba asam pedas dekat Restoran Asam Pedas Claypot. Restoran ni terlekat dekat Kota Laksamana, Melaka. Pemilik restoran ni adalah Chinese Muslim



Memang ramai orang yang makan dekat sini~

Kat sini ada banyak pilihan asam pedas yang ada. Ada ikan pari, ikan tenggiri, tetel (daging pun ada) dan lain lain . Kira makan set asam pedas + nasi + sayur + telur masin. Harga dia around RM 7.00 ++. Rasa dia agak pedas (nama pun asam pedas kan), and agak sedap jugak makanan kat sini. Saya recommend untuk korang mencuba asam pedas dekat sini~


Set nasi + sayur+ ikan masin~


Asam pedas ikan pari~

Kalau korang tak makan asam pedas, masakan panas yang lain pun ada jugak. Banyak pilihan makanan yang ada dekat restoran ni.


Nasi goreng kampung~


So, kalau sampai ke Melaka, jangan lupa singgah makan asam pedas kat sini okeh. Selamat mencuba ^_*

~Kopi Club at Low Yatt Plaza, KL~


~Jom Makan @ Kopi Club Low Yatt by Marea~

Before ni kalau pergi Low Yatt tak banyak sangat pilihan makanan tapi bebaru ni time I pergi Low Yatt, agak banyak kedai makanan yang baru di bukak. So, me & my friend berkesempatan untuk mencuba makanan dekat Kopi Club. Harga makanan kat sini standard macam makan dekat Kopitiam yang lain plus governement tax and makanan kat sini memang sedap. So, I memang recommend untuk korang mencuba rasa makanan kat sini.



Inilah kedainya, Kopi Club. Lokasi kat Lower Ground Floor, Plaza Low Yatt, KL~


Nasi Goreng Ayam berempah, harga RM 11++...Rasa dia memang sedap~


Nasi Goreng belacan, harga RM 8.90..Rasa dia pun sedap jugak~


So, next time lepas korang penat cari gadjet kat Low Yatt, bolehlah singgah makan dekat sini yaa ^_*

~KFC O.R Chicken Chop~


~Jom Makan KFC by Marea~

New KFc O.R. Chicken Chop, for me adalah tidak berbaloi dengan harga dia. Rasa dia agak kureng sedap berbanding Chicken Chop yang lain sebab dia punye sos chicken chop agak kureng sedap sket lah. Plus, harga dia tidak berbaloi dengan kuantiti yang diberikan. Yang ada hanya kuah Chicken Chop, 1 pc chicken chop a few wedeges dan jugak jagung for RM 9.90.


Nampak biasa sahaja~


O.R Chicken Chop for RM 9.90, for me memang tal berbaloi~

By da way, time I makan chicken chop ni ada promotion Krusher sekali, not sure la sekarang ni ada ke tak. Krushers ni macam ice blended la, dan aku amek perisa Oreo. Rasa dia not bad jugak.


Orea Krushers~

P/S: Chicken Chop yang paling murah I jumpa setakat ni adalah dekat Hutan Banda JB. Harga dia just RM 5 tapi ada 3 pcs chicken chop + salad + timun + tomato + Coleslaw.. Memang sangat berbaloi~

~Restoran Cheesetarian @ KSL City, JB~


~Jom Makan @ Restoran Cheesetarian @ KSL City by Marea~

Kalau korang pergi kat KSL City, Jb..mesti korang akan perasan satu restoran yang agak unik, coz restoran dia dikelilingi akuarium. Kirenya latar belakang dia memang akuarium yang ada ikan hidup. Nama restoran ni adalah Restoran Cheesetarian, lokasi dia berdekatan jugak dengan Soul Garden.



Meja makan yang dikelilingi akuarium yang ada ikan-ikan hidup~


Sementara tunggu makanan, leh usha ikan ikan yang ada dalam akuarium~


Seronok dok tengok ikan sampai lupa nak makan..hohoho~


3 layer tea = RM 2.80~


Ice Lemon Tea = RM 2.80~


Restoran ni mengamalkan sistem Self Service. Dekat atas meja dia ada borang order, macam borang order dekat Old Town White Coffee tu. Tapi korang kena bayar dulu before makan. Lepas siap order, pergi ke kaunter, bayer & tunggu makanan sampai.


Thai's Fish Rice = RM 6.90..Sedap jugak rasa dia~


Dorang memang siap tampal cara-cara nak order makanan atas meja~


Baked Spy Cheese = RM 9.50, yang ni memang sedap.I like it sooo much~


P/S: Sometimes, suasana kat kedai makan turut mempengaruhi mood kita bila nak makan ^_*

Makanan western di Restoran Ikea

Esoknya pegi bershopping di Ikea bersama keluarga...Ikea yg terletak di Mutiara Damansara ni terkenal menjual perabot dan alatan lain yg mempunyai design unik dan menarik dengan harga yg berpatutan. Tapi yg paling best kat sini semestinya restorannya di tingkat 1 yg menjual malanan Western.

Makanan Western di sini dibuat dari bahan import dan menunnya betul-betul ikut cara Sweden. Haganya pulak lagi murah dari kat tempat lain. Paling femes tentulah meatballnya yg sangat popular dan juga ikan Salmon yg sedap....satu lagi kat sini air panas atau sejuk boleh refill banyak kali, kopi diorang pun sedap

tak sabar nak shopping
restoran ikea tingkat atas
bawa makanan pakai troli.
meatball, chicken chop herb dan lain-lain
sekali amik sampai dua set...salmon dan meatball...dah lama tak dtg sini



i-city Shah Alam

Dari KLCC kitorang pergi ke I-City yg terletak di Shah Alam. Tempat ni dah menjadi semakin popular terutamanya untuk bergambar, melepak dan makan. Di sini juga ada arked permainan, show reptilia dan snowwalk iaitu tempat salji buatan. Nak sampai ke sini senang je, dari Jalan Persekutuan keluar exit Kampung Jawa dan ikut je signboard yg banyak kat sini. Bayaran masuk ialah RM15.00 satu kereta pada hujung minggu dan hari biasa RM10.00. Kalau nak tengok salji kena bayar RM25.00 seorang untuk masuk ke snowwalk.






snowalk - tempat salji buatan

bangunan arked hiburan

Friday, June 10, 2011

Jalan-jalan Di KLCC

Cuti sekolah datang lagi....hihi. Kali ni berjalan dengan famili plak di Kuala Lumpur. Jarang-jarang dapat berkumpul ramai2 satu keluarga besar dengan anak2 buah yg ramai...memang meriah. Kali ni jalan-jalan dan makan di Suria KLCC Petronas twin tower...

Dalam Suria KLCC
Dengan patung besar.....mana lagi comel...hehe




Dengan anak-anak buah di luar Suria KLCC
KLCC Park

Wednesday, June 1, 2011

Restoran Black Canyon @ Jusco Ipoh

Masa tengok Nur Kasih baru ni kitorang makan di Black Canyon. Restoran Black Canyon ni terletak di pintu masuk utama Jusco Ipoh. Restoran ni menghidangkan pelbagai jenis makanan terutamanya makanan Western dan Thai.

Kat sini tak terlalu ramai orang macam restoran-restoran lain di Jusco kerana ramai yg ingat makanan di sini sangat mahal. Tapi harga makanan kat sini agak berpatutan berbaloi dengan makanannya yg best dan sedap dan lagi murah dari di Secret Recipe.Ada gak menu set untuk individu dan lebih yg termasuk tom yam dan desert atau juice dengan harga RM 9.00 ke atas. Tom yam kat sini sangat sedap.

Menu minuman yg menarik
Cappuccino, jus tembikai dan mocha yg sedap
Fried salmon dan fried sashimi fish chop



Dalam restoran

more sories at: http://kirapu.blogspot.com/