Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Tuesday, April 26, 2011

Parasailing di Batu Feringgi

Dah puas melawat temple Kek Lok Si di Ayer Hitam, kami terus menuju ke Batu Feringgi.  Batu Feringgi sememangnya tempat yang menarik untuk dikunjungi terutamnya bagi bagi para penggemar aktiviti autdoor pantai. Antara yang popular di sini ialah Banana boat, jet-ski dan water-scouter. Namun yg paling menarik perhatian kami ialah parasailing.

Dah lama teringin nak naik parasailing ni dan kali ni masing-masing memang dah teruja sangat nak naik. Ada dua pilihan nak naik samaada berdua atau berseorangan.Walaupun agak mahal tetapi berbaloi la sebab memang best dapat melayang di udara....





Membuat aksi di udara
Bersantai di waktu matahari nak terbenam
 
Di Batu Feringgi ni terdapat banyak hotel dari hotel bajet sampailah ke hotel mewah. Selain itu, terdapat banyak restoran-restoran yg menarik selain gerai-gerai yg menjual pelbagai barangan dan cenderamata.


more stories at: http://kirapu.blogspot.com/

Kek Lok Si Temple, Penang

Kali ni pegi Penang pulak. Niat hati nak pegi Bukit Bendera, tapi Bukit Bendera masih tutup pulak. Nasib baik terperasan satu lagi tempat popular di kalangan pelancong kat area-area Bukit Bendera ni gak iaitu Kek Lok Si Temple. Kek Lok Si temple ni yg terletak di atas bukit dekat dengan Ayer Hitam merupakan kompleks kuil Budha terbesar di Asia Tenggara. Kawasannya memang besar sehingga terasa seperti di Beijing. Sangat berbaloi datang ke sini.

Bersedia menuju ke atas bukit



Dalam inclined lift
Nak ke puncak bukit ni kena naik inclined lift dengan bayaran RM2.00 sehala. Sampai kat atas memang terasa seperti di Beijing....haha. Dari sini boleh nampak Georgetown dari jauh dan pekan Ayer Hitam.

Puncak bukit
Patung Buddha terbesar di Asia
Dari sini boleh nampak Georgetown



Putrajaya

Dari KL sampailah Putrajaya....hari itu Putrajaya penuh sesak sebab waktu tu sedang berlansung Putrajaya hot air balloon. Jam teruk, nak parking pun susah.


Masjid Putra

Tempat yang paling menjadi tumpuan di Putrajaya sudah tentulah di Masjid Putra. Masjid yg tersergam indah ni menjadi mercu tanda Putrajaya dan di sini terdapat jeti untuk Putrajaya river cruise.





Sebahagian pemandangan dari Masjid Putra

Friday, April 8, 2011

Jalan-Jalan Kuala Lumpur

Cuti sekolah kali ni sampai gak ke Kuala Lumpur.....memang dah lama tringin nak melawat Kuala Lumpur lagi, rindu betul dengan anak-anak buah dengan kawan-kawan lama. Pegi KL naik train laju ETS dari Ipoh ambik masa 2 jam je dengan harga tiket RM30.00 sehala.

Sampai Ipoh kali ni saja turun kat Stesen KTM lama Kuala Lumpur dekat ngan Pasar Seni...Dari sini jalan kaki pegi Masjid India


jalan menuju Masjid Jamek dan Masjid India



Sampai KL je trus jumpa member-member lama masa belajar kat UM dulu...malam tu jalan-jalan dan lepak-lepak kat Downtown Cheras sampai lewat malam


kawan-kawan UM yg dah lama x jumpa





Masa nak balik dari sini berlaku sesuatu....beg letak bawah kerusi dalam kereta member dah hilang, nasib baik la tak ada benda2 yg beharga sangat dalam beg tu, kunci rumah, wallet, handphone, kamera semua dalam poket seluar tapi tak pasal-pasal kunci pintu kereta kawan berlubang...tak guna betul...yg pencuri tu pun satu hal, dah tau xde laptop dan benda2 berharga dalam beg tu tak payah la curi beg...menyusahkan orang je...geramnya....tak selamat la hidup makan harta benda orang lain...

Malam tu gak pukul pukul 1.30 balik umah abang kat Wangsa Maju....dah rindu dengan anak-anak buah..huhu

Esoknya pegi ke Putrajaya...kat Putrajaya ada hot air bollon festival. Sebelum tu sempat tangkap2 gambar KL dari dalam kereta...memang dah hobi tangkap gambar pemandangan dan bangunan2...


KL view dari Wngsa Maju


view dari highway AKLEH (Ampang-KL)



more stories at: http://kirapu.blogspot.com/