Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~

Sunday, March 25, 2012

Ipoh di waktu malam

Dulu masa awal-awal duk ipoh ni (dalam 2 tahun lepas) terasa sangat yg ipoh ni sunyi sepi di waktu malam terutamamnya di pusat bandar..atas pukul 9 jalan trus lengang, kedai2 tutup temasuk pada hujung mingu. tapi sejak akhir-akhir ni terasa ipoh dah semakin meriah bebanding dulu. banyak hotel-hotel yg baru dibuka dan kedai-kedai yg direnovate. sekarang ni kalau lalu pusat bandar, jalan raya dah makin sibuk dan meriah terutamanya pada hujung minggu. pelancong termasuk foreigner pun makin ramai datang melawat ipoh.

pusat bandar
jalan utama area depan gerbang malam


Gunung rapat - kat sini ada mcd, kfc dan old town (24jam), burger king, tutti fruity, dominos, pizza hut, secret recipe, ayamas, station 1 cafe, nanyang kopitiam, dan lain-lain lagi


Dataran Ipoh @ Greentown

Antara kawasan yg menjadi tumpuan utama pada waktu malam di ipoh ni ialah dataran ipoh yg terletak dekat dengan bangunan MBI di greentown. sekarang ni hampir setiap hujung minggu kat sini ada event-event atau roadshow sempena tahun melawat Perak 2012. Kalau takde apa-apa pun memang ramai yg lepak makan-makan kat sini. Kawasan gerai-gerai makan dah diupgrade jadi greentown walk @ MBI terrace.

greentown (depan ipoh parade)


dataran ipoh @ greentown
Selain dataran, antara tempat lain yg menjadi tumpuan di waktu malam ialah padang ipoh (di old town/pekan lama), gerbang malam, gunung rapat, area depan station keretapi (yg ditutup untuk renovation) dan juga yg paling meriah di area ipoh garden (di sekitar tesco), tapi kat sini yg banyak pub la..

Restoran Hj Sharin Low Grand, Ipoh - restoran masakan authentic cina muslim

pada malamnya, kami makan di restoran hj.syahrin low grand yg terletak di jalan greenhill, ipoh tak jauh dengan tower regency hotel. Restoran ni menyediakan makanan authentic cina muslim seperti itik panggang, ketam cili, sup herba dan sebagainya. Restoran ni sebenarnya asalnya dari KL (di jalan Ampang) dan yg di Ipoh ni ialah cawangannya, tapi ramai gak yg kata yg kat ipoh lagi sedap. rasanyan memang betul pun, kat sini memang sedap dan harganya pun tak la mahal dan berpatutuan dengan makanan yg kitorang order haritu.

Antara yg kitorang order ialah itik roasted, ikan kerapu sweet sour, fried butter prawn, sup cina (tak ingat nama apa), udang, sotong, tom yam seafood dan lain-lain...harganya dalam RM250 boleh makan lebih 10 orang. Kira agak murah lah untuk restoran yg macam ni, bukannya restoran biasa. Cuma dinasihatkan kalau datang sini elok datang ramai sebab setiap hidangan memang dibuat untuk beberapa orang dan lagi satu eloklah booking dan order siap-siap sebab ramai sangat yg datang dalam satu masa. Yg pasti memang puas hati makan kat sini.


ikan kerapu masak sweet sour...saiz besar
itik panggang
tak ingat nama sup ni walaupun diri sendiri yg order...haha


si kecik yg tak dh sabar2 nak makan...hehe
depan restoran

Reunion di Teluk Batik

Kali ni reunion di teluk batik, lumut dengan kawan2 masa sekolah dulu. Dah lama sangat tak reunion, biasa kalau bejumpa waktu raya je..masing2 sibuk dengan kerja, kerja plak kat tempat org la katakan.

Waktu ni ada la dalam belas2 gak yg datang. Kira ok la, bukan senang nak kumpul balik setelah dekat 10 tahun habis sekolah. kebanyakan kitorang datang tak mandi pun sebab nak menghabiskan masa bersembang sampai la balik. Seperti biasa gak Teluk Batik ni sentiasa sesak dengan orang terutama waktu cuti umum macam ni.



bbq




membuat aksi di laut....haha